Monday, October 8, 2012

RESEPI TOMYAM PUTIH

Gambar Google


Bahan2 A
100G udang segar ( dikupas kulit)
50g Kupang
50g isi ikan di potong dadu
50g sotong di hiris
50g cendawan tiram

Bahan2 B (  Air rebusan)
2 batang serai diketuk
3cm lengkuas (dihiris nipis)
2 liter air
Kulit udang dari 100g udang diatas

Bahan2 C
1 Biji tomato dibelah empat
1 biji bawang besar dipotong berbaji
2 helai daun limau purut dicarik
6 biji cili padi di ketuk
1 sudu makan kicap ikan 
1 cawan jus limau nipis 
2 sudu makan Maggi cukup rasa
1 sudu makan daun ketumbar dihiris nipis
2 ekor udang untuk hiasan

Cara Membuat
1. Di dalam periuk didihkan semua bahan B
2. Renehkan seketika dan keluarkan semua kulit udang
3.Masukkan semua bahan C dan masak selama 5 minit
4. Masukkan bahan A dan renehkan seketika
5. Sedia di hidang

Resepi ni untuk hidangan 5 orang

Selamat Mencuba!!!

Resepi di ambil dari Majalah Nona

Sharing is caring...


7 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah