Wednesday, October 10, 2012

NONA - Raja Ema Kembali


Sekian lama menyepi daripada industri hiburan, kini beliau muncul dengan imej baru, segar dan cantik! Penyanyi yang popular dengan lagu “ Jejaka Idaman” ini turut mengejutkan industri hiburan apabila personaliti yang ditonjolkan berbeza daripada personaliti yang lalu.
Raja Ema binti Raja Ibrahim atau dikenali sebagai Raja Ema43, tampil menghiasi muka depan majalah Nona edisi November 2012 dengan sehelai persalinan busana indah daripada rona hijau bersama tas tangan daripada rona jingga yang mampu menyerlahkan personaliti mudanya.
Bagi si wanita yang gemarkan isu-isu hangat dan panas, terdapat beberapa isu yang bakal disajikan antaranta “1001 Rahsia Mengenali Lelaki”, “Info Jaket Dan Tali Leher”, “20 Lelaki Paling Hangat Di Dunia” dan sebagainya. Tunggu apa lagi? Jom dapatkan majalah Nona edisi November ini.

Sgt2 terkejut dengan perubahan mendadak Raja Ema...nak tahu cerita lanjut jom sama2 beli Majalah Nona..

15 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah