Friday, October 12, 2012

PERATURAN LARANG PELAJAR BAWA/GUNA TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH MASIH KEKAL


 KUALA LUMPUR: Setakat ini Kementerian Pelajaran (KPM) masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009.
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lepas melibatkan pihak berkepentingan antaranya pengetua, guru dan ibu bapa membincangkan keperluan serta cadangan berkaitan penggunaan peralatan komunikasi oleh pelajar sekolah.
“KPM sedang meneliti secara menyeluruh pendapat serta pandangan masyarakat termasuk tokoh akademik, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), guru, ibu bapa danmurid-murid sebelum satu keputusan muktamad diumumkan,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Liang Teck Meng(BN-Simpang Renggam) di Parlimen di sini, Rabu.
Liang ingin tahu perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian itu membenarkan pelajar sekolah membawa telefon bimbit dan alat-alat elektronik ke sekolah serta kesan sampingan sekiranya dasar ini dilaksanakan.
Muhyiddin berkata, kementerian telah menjalankan kajian dalam kalangan pelajar serta guru sekolah bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan peralatan komunikasi di sekolah.
Katanya, kajian melibatkan 274 responden itu dijalankan di sembilan sekolah di daerah Seremban dan Port Dickson.
Pada Julai lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajarmembawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermulatahun depan.
Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibubapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebihbanyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar. – BERNAMA (Khamis, 4 Oktober 2012)
SUMBER

Apa pendapat kawan2...sila komen yer...

9 comments:

  1. Jika dibenarkan, mungkin lebih banyak buruk dari baiknya...

    ReplyDelete
  2. pendapat saya, memang tak setuju sangat sebab masa sekarang ni apa yang fames dan setiap orang mesti ada...mestilah account FB kan, kalau takde FB tu seumpama tak up to date lah katanya. budak2 sekolah ni boleh dikatakan hampir kesemuanya mesti dah ada FB dan rasanya jarang sekali kita nak lihat diorang pakai hphone nokia dulu2 tu kan. hphone pelajar lagi hebat dari phone cikgu siap dengan data plannya sekali untuk melayari internet, apa cer... itu tidak di tambah lagi dengan penggunaan iPad. dunia gadget ni memang dah canggih2 belaka, takkan ibu bapa nak terbeban rasa bila setiap kali anak2 sekolah sibuk nak beli hphone baru, iPad baru semata2 nak bersaing dengan kawan2 sendiri. for sure ibu bapa sekarang pun ada no phone cikgu kepada anak mereka sendiri, sekiranya ada emergency pun cikgu still boleh contact ibu bapa or penjaga. dekat sekolah pun ada public phone jugak kan, boleh digunakan untuk call parent. ini cuma pendapat saya saja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun sgt2 setuju sbb ingat mak pak ni banyak duit ke nak beli hp/ipad, pas tu line internet lagi kan..prepaid or whatsoever...

      Delete
  3. hoh, nasib baik kak. kalo tak, pening la sy nk ngaja thn depan..huhu

    ReplyDelete
  4. budak2 sekarang lebih pro dr kiter....pasal teknologi ni sll je dorg mendahului kiter..:)

    ReplyDelete
  5. saya pun tak setuju bebudak sekolah ni bawak henpon pi skolah. isk!

    ReplyDelete
  6. klu bntah pn dorang akn bwk jgk kn..

    ReplyDelete
  7. Tetap tak setuju anak2 bwk hp ke sekolah.. nanti nak kena ada peraturan khas pulak.. kesian pada ibubapa dan jugak pihak sekolah.. tu belum kes kecurian atau kena buli..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah