Saturday, April 11, 2015

Misi Pencarian Tomyam GAGAL ...Tekak Diva Frust....

photo source from google..


Misi pencarian tomyam aku rata2 failed....x dapat nak cari kedai tomyam yang betul2 sedap...ada pun luar dari Kepong ni...macam kes semalam la...puas pusing2 cari kedai makan tomyam...takkan nak lepak Wahana lagi...masa mula2 makan kat situ sedap...kalau dah selalu makan terus terasa nak cuba tempat lain......tp tersinggah jugak la kat area berdekatan ngan FRIM tu..Bonda Thai Tomyam kot nama kedai tu..dah siap2 pangkah dah lepas ni x nak la pi makan situ lagi...x sedap dan x fresh ...harga makanan boleh la tahan...tapi result makanan failed...kerang rebus x fresh dan berbau...tom yam banyak sampah dari isi..makan sikit alas perut pas tu balik....mission gagal....
Ada satu kedai makan kat Kepong ni....dulu hari2 bukak..bulan Januari lepas tutup sampai la sekarang x bukak2...pelik pulak...aku suka masakan brader tu...sedap...macam tutup terus nampaknya...aku notice peniaga2 kedai tomyam ni jenis bila dah tutup akan tutup lama tak pun tutup terus....especially lepas raya...pelik plak....sayang tau...bukan senang nak bertapak tp bila dah success tutup terus...aku x tau la if diorang ada masalah dalamana ke sebab setahu aku pengusaha kedai Tomyam ni ada persatuan diorang...mungkin la ada masalah tp x kan rata2 macam tu kot...sayang kan....dah la aku ni tekak diva...nak makan tomyam je...terus frust tau tekak ni....kenapa la aku ni suka sangat tomyam...pelik tul....kalau dah tekak diva tu payah la nak tolong...nak makan sedap nak murah...buat sendiri....ahaks....kena sebijik....

korang rasa apa masalah pengusaha tomyam ni....aku x tuju kat mana2 nama so aku random je ni...kang ada plak kena saman aku ni ha....

14 comments:

  1. Kalau makan kat luar jarang dapat makan tomyam yang betul2 menepati selera. Kadang2 tu kuah je penuh tapi isi hampeh. huhu

    ReplyDelete
  2. ala ciannya akak..kalau wana pun mesti kecewa apa yang dihajat takde..huhu

    ReplyDelete
  3. Den paling pantang....tomyam byk sampah ni......walaupun ianya sodap tahap gaban.....

    ReplyDelete
  4. Cik akak suka tomyam juga.kira berhantu dengan tomyam..tapi kat kedai semua tak memenuhi citarasa cik akak...last2 buat sendiri...hihi..berbaloi dah lebih jimat

    ReplyDelete
  5. hahahah SA kena mai utara, masuk Danok baru jumpa tomyam yag betul2 sedap dan power!

    ReplyDelete
  6. Fahamnya..... maklumlah tekak diva, mmg lain mcm sikit hihi.... Mmglah nak cari yg sedap kan SA, dah alang alang bayo...

    ReplyDelete
  7. alamak xtau nak suggest kat mana sbb x minat tomyam.. makan pun gitu2 je.. area kepong lak tu lagi CT fail Kak Suria hahaa..

    ReplyDelete
  8. Tak semua kedai Thai sedap buat tomyam kan...tapi Fida pernah makan satu tempat ni..memang Tomyam dia kaw punya...sayangnya ...kedai tu diruntuhkan sebab Kerajaan nak buat tempat parking..huhuh

    ReplyDelete
  9. batul tue ade yg main masak jew tp mahal nak mampp

    ReplyDelete
  10. betul tu kak..susah nak jumpa kedai tomyam yg betul2 ckup rsa..

    ReplyDelete
  11. susah nak cari yang betul-betul kena dengan tekak.. kekadang lauknya skit, sampah yang banyak..

    ReplyDelete
  12. memang susah nak jumpa tomyam sedap..ade je yang kurang..kalau kat penang rata² sedap :)

    ReplyDelete
  13. Nak cari yang betul-betul sedap, meh sini SA. Kat sini banyak tempat yang sedap tapi ikut tekak saya la.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah