Tuesday, April 7, 2015

Bahana Gurauan

Sedar atau tidak gurauan samada dengan niat atau tanpa niat mampu menjejaskan akidah malah cenderung menjadi kafir.
Telah menjadi fitrah manusia sukakan hiburan dan keceriaan. Justeru salah satu cara bagimemenuhi kehendak naluri tersebut yang membawa kepada ketenangan dan kegembiraan jiwa. Gurauan bersifat positif juga dipercayai dapat memulihkan masalah dan mampu memulihkan seseorang individu.

Gurauan perlu dilakukan mengikut kesesuaian m  asa, keadaan dan tempat
Tidak menjadi asas di dalam budaya kita bergurau dengan cara mempermainkan atau memperbidohksn orang lain.perbuatan itu tidak sepatutnya di jadikan amalan dengan alasan bergurau.

CONTOH GURAUAN JEJASKAN AKIDAH...

1. Nabi Yusof smart, aku smart lebih skit dari nabi
2. Tak payahlah simpan2 janggut, tak payah nak bersunah2 sgt, berselerak juga muka aku tengok.
3. Zaman nabi mana ada Gilette, sebab tu la lelaki masa tu ada jambang
4. Hudud dah x sesuai zaman ni bro
5. Senyumlah sikit, muka masam je dah macam malaikat Mungkar Nangkir aku tengok
6. Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu
7. Aku dah isi borang murtad...tp x diluluskan mahkamah plak..
8. Erm...kalau murtad mesti boleh buat maksiat kan...mcm best je..
9. Aku murtad dah....eh...gurau je la....
10. Jika ikut kaedah Islam.maka mundurlah negara kita ni..

BATASAN BERGURAU

1.Tidak melibatkan hukum dan syariat agama
2. Tidak berdusta
3. Tidak memperlekehkan dan menghina orang lain
4. Tidak menakutkan orang lain
5. Tidak berlebih lebihan
6. Mengikut kesesuaian keadaan, masa dan tempat
7. Tidak mengumpat

KELEBIHAN BERGURAU

1. Menghilangkan tekanan
2. Meningkatkan imun positif
3. Menurunkan tekanan darah
4. Petua awet muda
5. Lebih berfikiran pisitif

KEBURUKAN BERGURAU

1. Menjejaskan akidah
2. Memutuskan silaturrahim
3. Mematikan hati
4. Dipandang rendah dan tidak dipercayai.
5. Mmenimbulkan permusuhan...

Sumber : Fokus, Sisipan Mega Utusan Malaysia


Suriaamanda : aku sering dijadikan mangsa gurauan satu ketika dulu, gurauan tentang status aku sebagai ibu tunggal, punca2 bercerai dan macam2 lagi...dulu mng aku x boleh terima..tp aku berjaya harungi walau pada permulaan agak rasa tertekan...ye la diorang x tau ttg aku tp heboh create citer yg x benar...last2 aku diamkan aje...x guna layan kan?



18 comments:

  1. hati hati dalam bergurau kan. kadang kadang boleh buat orang terasa.

    ReplyDelete
  2. bergurau jangan ikut sedap tekak dan sedap diri sendiri jer...kannn??? syok sendiri kaedahnya...gitchewssslahhh...

    ReplyDelete
  3. psl bende2 gitu pun boleh dibawak gurau kan..especially dlm kes akak yg kene jd bahan gurauan..kenapa bende gitu nak jdkan bahan..haihh..

    ReplyDelete
  4. fizikal saya jugak pernah jadi bahan gurauan.. dulu masa budak2 tak boleh terima jugak tapi makin meningkat umur.. dah takde rasa pulak. Yup.. kadang2 gurauan ni kalau keterlaluan boleh memudaratkan

    ReplyDelete
  5. Bila dah bergurau ,ada yang gelak kemain galak lagi la..sampai tak sedar mulut tu sampai menghina orang lain..syok buat lawak..

    ReplyDelete
  6. Mereka hanya pandai berkata-kata sedangkan mereka tak melaluinya..
    Bila dah terkena batang hidung baru reti nak diam.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. Sebelum kita nak bergurau atau bagi pendapat..Haruslah kita fikir baik atau buruknya apa yang kita nak ungkapkan kan...

    ReplyDelete
  8. Kita tgk lawak2 di TV sekarang..di Maharajalawak...risau saya tgk standard lawak yg kalau tak menjadi takpe, tapi takut tergelincir akidah

    ReplyDelete
  9. klu nak ikutkan gurauan ni boleh jadi benda besar kan.sbb tu kena hati2 DLM setiap perkara.gurau pun ada batas

    ReplyDelete
  10. Gurauan bertempat kan SA, lebih pun x elok, kurang pun nanti orang kata kita ni serius sgt hehehhe

    ReplyDelete
  11. bergurau pun kita kena ada batasannya jugak...

    ReplyDelete
  12. gurau yang tak berilmu selalu cakap main lepas

    ReplyDelete
  13. gurau tak kena dengan tempat..bagus info akak ni..

    ReplyDelete
  14. bergurau ada batasnya... selagi tak kecikkan hati orang tu dan tak menjejaskan akidah agama kita kan...

    ReplyDelete
  15. bergurau biar kena tempat biar kena cara dan gurau ada batasannya

    ReplyDelete
  16. Bergurau berpada-pada. Ada jugak sebab gurauan sampai berbunuhan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah