Thursday, April 16, 2015

14 tanda anda sangat bertuah


Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam beberapa minggu ini yang membuatkan kita rasa penat. Sesetengah orang sering meletakkan diri mereka sebagai manusia paling malang di dunia tanpa menyedari mereka sebenarnya dikurniakan tuah yang sangat besar.

Jika anda ada salah satu dari 14 perkara-perkara ini, nikmati kehidupan yang anda miliki kerana anda tergolong dalam kategori manusia sangat bertuah!

1. Anda masih hidup dan berupaya menghirup udara segar.

2. Anda melihat matahari terbit dan terbenam.

3. Anda boleh merasai kemanisan kek coklat.

4. Anda tidak tidur dalam keadaan lapar semalam.

5. Anda ada dua atau lebih pilihan pakaian untuk dipakai.

6. Anda tak takut untuk keluar rumah dan menjalani kehidupan.

7. Anda risau tentang masa depan; ini bermaksud anda masih ada impian dan cita-cita sebagai seorang manusia dan belum putus harapan.

8. Anda kuat dan sihat; jika anda jatuh sakit, anda punya kemampuan untuk kembali sihat.

9. Ada orang yang merindui anda dari jauh.

10. Ada seseorang di sisi anda untuk bantu anda melalui dugaan dan cabaran hidup.

11. Anda punya kemudahan air bersih untuk digunakan.

12. Anda punya akses kemudahan kesihatan.

13. Anda ada akses internet.

14. Anda boleh membaca.

SUMBER

Suriaamanda > Bertuah kah kita?Renungkan 14 perkara di atas dan fikir2kan kebenarannya......lets share....

14 comments:

  1. ya cik nor setuju..kita semua bertuah...:)

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya baaaaanyak lagi SA tak terhitung betapa bertuahnya kita

    ReplyDelete
  3. kan SA.. kdgn kita tk sedar tuah yg kita terima...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Saya bertuah :)

    ReplyDelete
  5. yeayyy!!..falsya bertuah..;D

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..wana rasa sangat bertuah..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. masih dapat merasai semua itu.. betapa bertuahnya rasa diri ini.. syukur kepadaNYA.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah masih ada..bertuah la kiranya ya.. :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah masih berada dalam kategori orang yang bertuah..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..masih mampu menikmatinya

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, saya masih bertuah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah