Friday, April 10, 2015

Hidang mertua air teh campur kencing selama setahun



INDIA, (MLP) - Seorang wanita didakwa menyediakan hidangan teh bercampuran air kencing untuk ibu bapa mertuanya selama setahun.

Perbuatan kejinya terbongkar selepas ibu mertuanya melihat sendiri perbuatan anak menantu, Rekha Nagvanshi, 30 yang sedang mencampurkan kencing di dalam teko untuk dihidangkan kepada mereka.

Media melaporkan, perbuatan wanita tersebut adalah sebagai tindakan membalas dendam terhadap ibu bapa mertuanya kerana tidak membenarkan suaminya, Deepak, 34, melakukan kerja rumah.

Rekha juga dikatakan tidak gembira dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarga dengan Deepak dan pernah mahu meninggalkan lelaki itu.

Dia bagaimanapun dihalang oleh suaminya demi anak perempuan mereka yang baru berusia empat tahun.

Selepas ibu bapa mertuanya, Suraj, 60, dan Ajith, 55 tangkap perbuatan keji Rekha, mereka membuat laporan polis terhadapnya.

Dia kemudian ditangkap dan dibawa ke balai polis namun polis tidak dapat mengambil sebarang tindakan.

Ibu bapa mertuanya bagaimanapun mengupah seorang peguam untuk mengambil tindakan ke atas Rekha.

Kredit Gambar: Farmo

SUMBER

Hadoiiii....macam2 hal la.....

14 comments:

  1. Astagfirullah.. kembang tekak baca hal ni.. sampai hati dia buat mcm tu sbb tak puas hati...

    ReplyDelete
  2. Dendam menantu..
    Tapi kalau seorang muslim..kita seharusnya menganggap kedua ibu bapa mentua tu sebagai ibubapa kita sendiri walaupun pada hakikatnya hati kita memberontak..dan lebih baik tinggal berasingan kan.

    ReplyDelete
  3. Makhaih !! Sampai hati dia ni. Dalam pada tak suka kawen pun ada anak juga. Eh ! Ekekekeke. :P

    ReplyDelete
  4. subhanallah...sanggup dia buat macam tu kan...tapi takkan la dalam tempoh setahun tu mentua dia tak rasa ape²..eiiii...

    ReplyDelete
  5. Oh, ida ada baca pasal story ni. Dia tak puas hati dekat mertua tapi sanggup buat macam ni. teruk betul. ewwwwww

    ReplyDelete
  6. Astaghfirullah kembang tekak sue baca..bila dah kawin elok dok asing umah dgn mertua..

    ReplyDelete
  7. hiii kembang tekak baca.. ni baru satu contoh, kat india sbenarnya ramai tau perempuan yang memberontak sebab kahwin atur dan kebanyakan mereka ditindas oleh keluarga mertua..

    ReplyDelete
  8. ya allah..kenapalah sampai macam tu sekali..memang keji perbuatan tu..

    ReplyDelete
  9. hahahahha gelinyaaa... tp tu lah maybe mertuanya kejam kat dia kan ...

    ReplyDelete
  10. eeeeeeiiii tergamak dia buat macam tu..

    ReplyDelete
  11. ade jugak orang macam ni ye..sanggup pulak dia buat macam tu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah