Saturday, June 27, 2015

Cabaran 20 Hari ~ Apa Erti Puasa Pada Anda

Cabaran Pertama



Memandangkan cabaran adalah sehari 1 tajuk....makanya jom la kita mulakan dengan tajuk pertama iaitu :-

APA ERTI PUASA PADA ANDA


Puasa pada aku adalah  Proses menahan diri dari lapar dan dahaga serta menjauhkan diri dari perkara2 yang membatalkan puasa...bulan puasa pada diri aku sendiri adalah proses menyucikan diri dan menambahkan lagi amalan2 yang baik yang mungkin aku terleka..sebab tu aku memperlahankan aktiviti dan lebih menumpukan kepada ibadah puasa..hanya sesekali melibatkan diri dengan aktiviti yang telahpun di meterai awal2...tak baik pulak menghampakan client kan..Selain itu di bulan puasa ini lah perlu kita mengamalkan  Amalan -amalan mulia...antaranya bersedekah..berterawih di masjid dan berbagai2 lagi...pada aku bulan puasa adalah bulan terbaik untuk berkumpul dengan keluarga dan juga sahabat handai...

BULAN PUASA BULAN KESEDARAN


Satu yang aku Ingin kongsi disini adalah Apabila tibanya bulan puasa yang mulia Iini..kita sepatutnya hormat menghormati..sebab tu kita bukan berpuasa perut je..tetapi berpuasa dari segala segi perbuatan...kunci mulut dan semuanya..tak lupa buang sikap suka membazir...aku dah tengok dengan mata dan kepala aku sendiri bab2 pembaziran ni...sampai sekarang aku tak boleh terima..tak pe la itu pendapat aku je kan...Erti puasa pada aku yang bukan la handal dalam segala segi..aku manusia biasa yang x pernah lari dari kesilapan...semoga yang tersilap akan menjuruskan aku ke arah kebaikkan...Amin...

Nantikan task ke 2 aku esok...Insyaallah......

Korang readers2 Suriaamanda kalau nak join pun boleh....Tiada syarat yg dikenakan cuma boleh la tgok banner kat atas tu dan follow tajuk2 yang telah ditetapan..the more the merrier kan...boleh juga mencabar diri kita sejauh mana kita mampu menyahut cabaran...

#Cabaran20Hari,
#Day01
#exchangefeedgroup
#apaertipuasapadaanda

10 comments:

  1. Akan kucuba utk join cabaran ni..

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa kak! cabaran pertama dah berjaya yeay!

    ReplyDelete
  3. terbaikk blogger tegar :)

    #Cabaran20Hari, #Day01
    #exchangefeedgroup
    #kelabbloggerbenashaari

    ReplyDelete
  4. assalam kak... selamat berpuasa

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa kak n selamat menyahut cabaran.. :)

    ReplyDelete
  6. banyak dugaan bulan puasa ni kan

    ReplyDelete
  7. Puasa di dalam bulan ramadhan yang penuh berkat dan isikan bulan ramadhan dengan amalan2 kebaikan untuk tambah pahala. InshaAllah...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah