Friday, October 19, 2012

Bank sperma tawar air mani selebriti untuk RM74,000


LONDON: Sebuah bank sperma menawarkan air mani selebriti kepada mana-mana wanita yang kemaruk mahu mendapatkan zuriat tokoh terkemuka, lapor media semalam.

Bank sperma itu, Fame Daddy, mendakwa menyimpan air mani 40 tokoh terkenal dalam pelbagai bidang, termasuk bintang rock, genius, pelumba kereta Formula 1 dan bekas pemain bola sepak. Menurut Fame Daddy, dengan bayaran serendah �15,000 (RM73,580), “perkhidmatan permanian beradas premium” itu boleh diberikan kepada sesiapa yang berminat.

Menurut laman sesawang Fame Daddy, dengan menggunakan sperma “tokoh yang terbukti berjaya,” seseorang wanita boleh memberikan “permulaan yang baik” untuk anak mereka. “Ia juga menjadi cara ideal untuk seseorang wanita merasai bagaimana mengandungkan anak selebriti terkemuka,” kata laman sesawang itu.

Menurut keterangan di laman sesawang Fame Daddy, mana-mana wanita yang ingin mendapatkan benih daripada bank sperma itu perlu melengkapkan kuiz bagi memudahkan mereka memilih selebriti penderma sesuai. Antara aspek yang ditekankan sebelum wanita membuat pilihan ialah kesesuaian personaliti, watak dan gaya hidup. Bagaimanapun, wanita yang berminat mungkin tidak boleh terlalu gembira. Ketua Pegawai Eksekutif Fame Daddy, Dan Richards, berkata mereka belum mempunyai sampel sprema sebenar.

“Apa yang ada cuma profil tokoh yang berminat menjadi penderma,” katanya. - TS

SUMBER

Sperma pun ada bank, pas tuh boleh plak diletakkan harga...mcm2 la sekarang ni....sure ada sperm David Beckham, Brad Pit or artis2 hebat luar negara(agaknya la) yang lain..boleh diperdagangkan plak kan..mcm2 cara diorang ni bisnes kan...macam2 hal la.....

7 comments:

  1. Euuuuw! Ntah pape la diorang ni. Kang anak cari2 bapaknye, payah pulak.

    ReplyDelete
  2. ha??? hahaha kelakar la plak
    wanita kemaruk nk anak dgn selebriti ke
    dunia dunia..

    ReplyDelete
  3. Hehehe.. belum tentu anak tu nanti akan ikut ketokohan 'bapa'nya..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah