Thursday, February 21, 2013

Dia hilang ingatan’


Kuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.

Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.

Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.

Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Foto Fizz Fairuz
“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).

“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.

Sumber memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.

Menurut Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.

“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.

Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama.

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.

Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.

Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.

SUMBER

24 comments:

  1. mcm mcm kan kak.. nikah syp syp ni la yg susah .

    ReplyDelete
  2. macam2 dugaan allah turunkan

    ReplyDelete
  3. hah, sudah.. dunia skang ni marabahaya!

    ReplyDelete
  4. huhuhu..mcm2...kalo dah takde jodoh kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. allah maha kuasa..dia menjauhkan jodoh yg bukan milik kita..

      Delete
  5. hahaha...artis dan kontroversi mmg x dpt dipisahkan...

    ReplyDelete
  6. mcm drama swastalah..bolehlah bikin satu..fizz berlakon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...buat nyampah org nak tgok jer kak dee

      Delete
  7. dah mcm drama tv la... ke ini sedutan salah satu babak je...

    ReplyDelete
  8. mcm2lah kdg2 mcm x masuk akal dah

    ReplyDelete
  9. ohh....nak jea rasanya pi bgtau kat almy tuh....

    "gurl,better jauhkan diri dari this man...."

    heheheheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa...ibu baru ni dah lama x datang bertandang....baby dah bsr eh..akak lom ada masa nak pi tgok...bz sgt2

      Delete
  10. macam2 version cerita... senang cerita panggil 3-3... bersemuka...habis cerita... ermm... fizz ni ada kecelaruan personaliti ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la adik maniss..ni semua sebab di selubungi populariti la ni..kan?

      Delete
  11. Cerita dia ni memang konpius...Tuhan jelah yang tau kebenarannya ~

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah