Monday, November 17, 2014

Surat Dari Suami Buat Isteri...

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan bpatin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu.


Apakata Suriaamanda

Aduhai...baca luahan ni mcm sebak je...tp ada jugak betilnya kan...kita org perempuan semua benda kena jaga..tp yg suami pun jgn la amik kesempatan bila dh nampak benda2  dan perubahan mcm tu...apa salahnya ditegur elok...ini x..terus berpaling arah je...

Itu pendapat aku...apa pulak pendapat korang?


16 comments:

  1. wanita kna sentiasa menjaga penampilan diri..:)

    ReplyDelete
  2. kena jaga badan luar dan dalam tak kira anak berapa dah :)

    ReplyDelete
  3. Dua-dua kne saling menjaga diri. Baru la adil. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Sbg isteri mmg kena jg luar & dalam, namun suami x sepatutnya bermain kayu tiga di luar. Hargailah pengorbanan si isteri. Knp x tegur isteri dr awal. Dibiarkn selama 10thn dan meremukkan hati isteri dgn kisah dgn si janda..

    ReplyDelete
  5. kalau sayang kenalah terima seadanya pasangan tu.kalau rasa perlu buat perubahan untuk kebaikan tu boleh tegur terus jangan menghukum isteri dengan mengadakan hubungan yang terlarang..

    ReplyDelete
  6. Ada betulnya. Tapi ianya harus usahasama 2-2 pihak. Paling penting, komunikasi antara suami isteri. Macam majikan, nak handle pekerja bermasalah kena ada soal siasat..kena ada bantuan untuk pekerja mahir semula, kena da warning 1,2 dan 3 dengan jelas dan beradap. Bukannya terus dijatuhkan hukuman.

    ReplyDelete
  7. bersolek cantik2 depan suami boleh la, bercantik solek2 depan orang lain tu payah sikit no...
    si suami pulak rajin bebenor mata tu tengok orang2 cantik, siap boleh compare lagi dengan bini sendiri...
    pada saya, suami ada silapnya, isteri pun ada silapnya...ini sering berlaku dalam setiap perhubungan ^_^

    ReplyDelete
  8. Pada kakak dua-dua salah. Sebagai suami adalah tanggungjawab dia mendidik isteri. Kenapa tak dijelaskan apa yg dia mahu. Isteri yg naif pula takkanlah dunia dah maju masih tak dpt baca apa kemahuan suami. Kena peka. Wahai isteri-isteri kena pekalah semua hal begini..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... Tegran yg sgt bgus... Macam tu lah suami... Selesaikan masalah bukan cari masalah... Dan isteri wajib berdandan utk suami...

    ReplyDelete
  10. Saya dah baca surat tu..
    cuma kenapa tak tegur isteri elok2 penampilan isteri.. kenapa malu nak tegur? Isteri dah ada kekurangan tegurlah.. nak cantik ke nak sexy ke.. kenapa nak beralih pada orang lain..?
    Isteri pulak, nape nak biarkan badan tak wangi, nape tak jaga penampilan diri.. tak banyak sikit..

    ReplyDelete
  11. singgah sini..sebak baca surat tu.. :(

    ReplyDelete
  12. Perempuan ni banyak kena jaga kan kak..

    ReplyDelete
  13. Alamak. Terasa pulak. Jom pi saloon spa dll lepas ni.

    ReplyDelete
  14. Alahai ,....Kita ni walaupon dah bergelar isteri org kenala jaga penampilan diri ..

    ReplyDelete
  15. Setuju, jaga penampilan diri klu suami busuk,kusam je kita pun xnak, sekali sekala melawa pe slhnye utk suami gak kn....^_^

    ReplyDelete
  16. Mula-mula baca memang sebak, pastu rasa macam nak penyepak jer laki tu.
    Alasan nak lepaskan diri.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah