Sunday, November 9, 2014

Hebatnya Wanita....

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh
dunia meraikannya...Seorang wanita saat mendapat
berita kehamilannya, hatinya sarat dengan
kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak
pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin
itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia
tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke
dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh
walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan
badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu
tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar
di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear.
Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan
mampukah rahimnya yang sebesar buah pear
menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan
kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau
secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin
menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya
lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan
sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak
(bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak).
Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya
mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu...
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala
kepayahan....

Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan
zuriat, penyambung generasi manusia....
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun
lamanya....

Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik
anak-anak dengan penuh kesabaran....
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa....
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki....
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan
lelaki....

Hebat kan wanita???
Anda amat bertuah dilahirkan sebagai seorang
wanita....

Buat kaum Adam, hargailah hawa yang berada disebelah anda itu....

14 comments:

  1. alhamdulillah diberi peluang utk mengandung dan melahirkan anak :)

    ReplyDelete
  2. Jemput join :D

    http://hanaexotics.blogspot.com/2014/11/first-giveaway-by-em.html (25/11)

    Mencari lebih kurang 30 pemenang bertuah !

    ReplyDelete
  3. Wanita memang hebat.....sesakit mana pun mereka...pasti betahan untuk insan yang mereka sayang kan kak...sokong entri akak...love entri nie...teringat kat ibu...bagi wanita bergelar ibu..tiada mustahil..

    ReplyDelete
  4. betul tu..bertuah jadik wanita..

    ReplyDelete
  5. bertuah kan kita kak SA, kita hebat.... hihi

    Mama Niza

    ReplyDelete
  6. Tangan yang menggoncang buaian boleh menggegar dunia.

    ReplyDelete
  7. Betapa hebatnya wanita..
    Walau tampak lemah berbanding lelaki..
    Namun jiwanya lebih kental dari si lelaki.

    ReplyDelete
  8. Hebat sungguh seorang yang bergelar wanita ... Untungnya kita dapat gelaran wanita ......

    ReplyDelete
  9. Kaum Adam kat luar sana tolonglaaa hargai wanita2 di sekeliling anda ..........

    ReplyDelete
  10. Untungnya menjadi seorang wanita.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah