Saturday, November 22, 2014

Gaya hidup luar biasa bayi termanja dunia


Romany Rose Rowland dari Britain hanya berusia lima bulan tetapi mempunyai rak pakaian yang berjenama dan memakai subang berlian yang berharga hampir RM3 juta. 

Ibu Romany, Witney Rowland seorang ibu tunggal dan pemilik salon kecantikan berkata 'Saya lakukan semua ini untuk menyenangkan hidup anak saya ketika dewasa nanti’’. 

Berikut adalah barang milikan Romany yang masih belum mula berjalan lagi!

- Beg tangan Gucci

- Jam tangan Gucci bernilai RM10 ribu

- Pram bayi bernilai RM5 ribu yang diguna berdasarkan warna pakaian seharian

- Baju cashmere dan bulu haiwan yang setiap satu bernilai RM600

- Tab mandi merah jambu bernilai RM2 ribu

- Katil bayi berusia 200 tahun bernilai RM10 ribu


Untuk Krismas pula, katil buatan tangan ala puteri (RM15 ribu) dan kereta Range Rover mini (RM2 ribu) akan dihadiahkan kepada Romany! 

Ibunya kemudian telah mengaku yang dia ingin bayinya untuk menjadi terkenal seperti Honey Boo Boo dari siri realiti Amerika yang menceritakan kehidupan Alana 'Honey Boo Boo' Thompson, peserta pertandingan ratu cantik untuk budak kecil.  

Adakah wajar untuk memberi kemewahan sebegini ke atas bayi berumur lima bulan?


Suriaamanda > Gilos....ni mak pak dia kerja chop duit jer ke hari2 erk? Aku pun x manjakan anaka aku ngan barangan mewah mcm ni...rosak hidup dia nanti...kan?

15 comments:

  1. erkk......nak besarkan anak bukan setakat memberi kemewahan semata-mata...
    Ia sepatutnya lebih menyediakan anak untuk berhadapan dunia tanpa adanya kita kelak...

    ReplyDelete
  2. masalahnya lebih kepada obsesi emak dia sebenarnya...kan?

    ReplyDelete
  3. orang berduit yang dah taktau nak buat apa dgn duit kot

    ReplyDelete
  4. Terbeliak bijik mata tgk hrga stp satu brg...bkn kemewahan yg patut diajar pd ank...ajar bagaimana nk hadapi realiti hidup sebenarnya lps ni bila dah besar..

    ReplyDelete
  5. ada masa kita senang, tapi jangan lupa masa susah...takut2 anak tak ter-handle masa susah tersebut...

    ReplyDelete
  6. klaau duit bersepah... suap emas pun boleh. kat sini pun berlambak tunjuk kat tv celebriti yang mewahkan anak2 buat kita terlopong trnganga... huhuhu

    ReplyDelete
  7. jelesnyaaaaa..... ish ish.... i is tak pernah merasa tau... takat kikilala je.... heeeeee

    ReplyDelete
  8. takut rosak anak tu nanti..tak biasa hidup susah...

    ReplyDelete
  9. pergghhhh...kecik-kecik dah diajar camni.
    sementara emak dia muda leh kerja lagi, takpa lah
    duit banyak-banyak tu sedekah la kat orang susah

    ReplyDelete
  10. Salam, perghhh...kalau lah orang kaya gila ni ada kat jb, aku jual bantal handmade aku kat dia dengan harga Rm100K...muahahaha...

    ReplyDelete
  11. demi anak, ibu bapa sanggup berikan apa sahaja..itu rezeki dia..untungkan :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah