Thursday, January 29, 2015

Kalau Nak Tau......

Perkongsian...

Kalau kawan kawan yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tuh mulai hari nih sebab 1 tin minuman berkarbonat tuh bersamaan dengan 14 gelas teh tarik manis.

70% penyakit kanser payudara adalah berpunca dari sikap pemarah penghidap tuh sendiri. Kalau bukan masa tua, mungkin masa muda…Dia cakap kalau dah pulih dari kanser, kena jaga emosi jika tak dalam tempoh enam bulan kanser tuh akan datang semula…

Dalam badan wanita ada hormon progesteron dan estrogen kan? Hormon progesteroi ada pada ovary dan estrogen pada tulang.

Wanita yang berat melebihi 60 kg, sebanyak 85% wanita berisiko ada ketumbuhan      

Wanita tidak boleh makan tiga jenis ikan iaitu ikan pari, ikan bawal hitam dan ikan terubok. Ikan pari tuh sebenarnya mengandungi toksik yang banyak kerana hidup di dasar laut dan boleh menyebabkan berlakunya kanser sebanyak 70%. Ikan bawal hitam dan terubok pulak ikan yang difahamkan mempunyai bias yang menyebabkan penyakit. Kalau nak makan ikan bawal makan ikan bawal putih.

Jika ada keputihan dan keputihan berwarna hijau, 99% tanda itu menunjukkan wanita itu menhadapai kanser ovari. Jika berwarna putih kekuningan pulak kanser serviks. Serviks yang terkeluar (Tombong/prolapsed) selalunya berlaku kepada wanita yang melahirkan anak lebih dari 5 orang.

Orang yang menghidapi buasir TIDAK BOLEH makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi..

Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.

Sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita.

Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia nih.

Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok.

95% kanser berlaku kerana stress.

Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan tapak tangan kiri 81 enzim yang mampu membunuh bakteria.

Kalau nak kurus, senang aje. Makan ikut sunnah Rasulullah iaitu 40-100 kunyahan….

Nak mandi kenalah mula dari kaki (elak kena gout),kemudian lutut (elak sakit lutut),tempat sulit (elak cyst),pinggang( tak sakit pinggang, serviks sihat),perut (elak buasir, gastriks, ulser,sembelit),dada (sakit jantung,paru-paru etc) dan akhirnya kepala(elak migraine). Lepas tuh, baru mandi macam biasa. Lepas tuh satu cara lagi nak kurus, mandi di waktu pagi…Air yang sejuk kejung tuh lah. Sebabnya menyingkirkan segala lemak dalam badan.

Tidur mesti mengiring ke kanan di mana sebelah kiri ke atas. Cara tidur ini takkan kena sakit jantung.

Untuk mengelakkan migraine sujud waktu solat Subuh tuh sujud lama lama.

Tahu tak korang yang orang lelaki nih tidak sekuat wanita kerana lelaki mudah diserang jantung jika dibandingkan wanita yang jarang terkena serangan jantung. Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung. Orang lelaki tidak ada hormon estrogen yang melindungi jantung sebab tuh lelaki mudah terkena.

Kalau nak jaga jantung suami supaya sihat banyakkan bawang putih dalam masakan ye kaum wanita semua.

Nak mengubati kanser payudara cari kulat susu harimau.

Kepada peminat petai, lepas nih kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai nih mengandungi kolesterol yang tinggi.

Untuk para suami, kalau hormon isteri tak stabil bagi isteri mkn kacang botor.

Ibu ibu mengandung sila amalkan makan buah delima bila usia kandungan mencecah 5 bulan ye..

Kepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari ye jangan makan banyak kali sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa.

Epal merah untuk ibu ibu mengandung dan pesakit asma. Makan 2 biji sehari ye…

Jika ada sakit kencing tak lawas, blend lobak putih minum air lobak putih tuh ye. Amalkan minum 2x seminggu.

Kepada penghidap kolesterol tinggi ambik akar pokok semalu dan rebus. Amalkan minum air rebusan tuh ye.


* Free to share.....share from forwarded Wassap
Baca boleh...percaya jangan sebab ada yang x betul tu..telah di betulkan oleh Doc Daddy Ziyyad di bahagian komen.

20 comments:

  1. tang ikan yg pompuan takleh makan tu lieya baru tau along...erkkk dah le tu ikan peberet....terus takut nak makan huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. sy baru faham kenapa mandi waktu pagi di kala air sejuk tu :D sbb bila air sejuk kena badan, semua salur darah dkt dgn permukaan kulit akan mengecik utk elakkan haba keluar dari badan. kiranya darah akan tertumpu pada organ dalaman macam jantung, perut etc. masa tu laa cepat bakar lemak :D

    tp skrg, majority orang ada heater kan T_T

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak.. banyak info dapat ni.. bab tidur tu, Alhamdulillah, dah amalkan...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...banyak info dalam 1 entry..
    terima kasih banyak-banyak...
    (^_^)

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. banyak yang kita belasah je cara dan pegambilan makanan kan..bila dah sakit baru nak cari info seperti ini...
    lepas ni nak kena berjaga-jaga jugak tentang pemakanan yang biasa kita makan...thanks sharing kak

    ReplyDelete
  6. Memang tak suka minum air tin segala , dah tak minum air gas2 ni. minum air masak je...

    ReplyDelete
  7. byk info kak..ade yg baru tau..ehh, mcm majority baru tau jer..selalu semua main bedal jer..tp petai tuhhhh alaaaaaa, kite suke byk2..wat ulam..

    ReplyDelete
  8. Punca sakit byk dari mknn, jadi kena bersederhana bila makan. Tq sharing ^^

    ReplyDelete
  9. Ada beberapa " fakta" kat tulisan itu, ialah " auta" :)

    Jika ada keputihan dan keputihan berwarna hijau, 99% tanda itu menunjukkan wanita itu menhadapai kanser ovari. Jika berwarna putih kekuningan pulak kanser serviks.

    Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia nih.

    Kepada peminat petai, lepas nih kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai nih mengandungi kolesterol yang tinggi. ( entri saya hari ini kebetulan tentang KOLESTROL...tumbuha tumbuhan TIADA kolestrol)

    ReplyDelete
  10. Nice sharing akak.. byk info yg farah tahu hari nie.. thanks 4 sharing..=D

    ReplyDelete
  11. tq for sharing..
    lya mmg x suka minum air tin or bergas ni..

    ReplyDelete
  12. jo kita tinggalkan dan jauhi benda² yang tak elok ni..thanks kak share :)

    ReplyDelete
  13. Time raya paling banyak minuman bergas ni.. huhuhu..

    ReplyDelete
  14. Salam fiuhhh banyak info berguna ni. Yg mandi daripada kaki tu mmg aku selalu buat..hehe

    ReplyDelete
  15. tenkiu SA.
    banyak info yang berguna ni.

    ReplyDelete
  16. tq kak sebab share..banyak baru taw ni..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah