Monday, January 19, 2015

Kementerian Mengharamkan Penjualan Epal di Malaysia...



BERA, (MLP) – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah mengeluarkan larangan kemasukkan epal Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat selepas mendapati buah-buahan berkenaan mengandungi bakteria Listeriosis.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan larangan itu telah dikenakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) selepas kementerian menerima notis pencemaran dua hari lalu.

“Kami menerima notis dari Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat (AS) yang memaklumkan mengenai pencemaran tersebut. Kontaminasi itu telah menyebabkan tiga kematian dan banyak kes kesihatan di AS dan Kanada,” ujar Ismail.

Walaubagaimanapun kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik balik epal yang sudah dipasarkan di Malaysia, kerana ia melibatkan nutrisi pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan

Isu yang berkaitan dengan pengharaman epal telah tersebar meluas menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah portal media popular turut melaporkan penyebaran bakteria itu setelah dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal di Bidart Bros berhampiran Bakersfield, California.

Kredit gambar: homeschoolfitnesscoach

SUMBER

Suriamanda > Aduhai...dah la epal royal kegemaran aku...baru lepas makan epal jepun beli RM8 sebiji...bapak giler besar...tp sebab nak rasa beli la jugak...sedap pun sedap...dah lama x makan epal royal ni...selalu makan betik or strawberry or epal jepun je....epal royal x jumpa yang betul2 sedap...lepas ni x yah la beli epal royal sampai semua kembali ok....kan?

15 comments:

  1. farah suka fuji apple jer.. royal apple memang jarang la beli..=D

    ReplyDelete
  2. Tula. kite pon suka apple royal gala tu. Tapi takpelah, makan jenis lain lak kan. hehe

    ReplyDelete
  3. Entah dah berapa banyak dah masuk perut kakak sekeluarga SA
    Kakak dpt info juga dari WA minggu lepas jadi memang berhenti juga beli dan menanti berita lanjut
    Dah baca ini sahlah memang kakak kena stop dulu..

    ReplyDelete
  4. follow balik http://cikanggur10.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. baru ingat nak beli epal semalam sebab teringin minum epal asam boi. tetiba terbaca pulak pasal epal tak boleh makan

    ReplyDelete
  6. lya dh buang belaka epal dlm peti ais.. konon beli utk bento asya

    ReplyDelete
  7. alahai..before nie beli buah epal xtgk label pun..entah2 pernah mkn dari jenis ni..huhhhhh

    ReplyDelete
  8. sila jgn bli apple royal..huhu

    ReplyDelete
  9. ada baca ni di blog lain..memang dah stop makan epal buat masa ni

    ReplyDelete
  10. Kena makan epal yang mahal tu je lah lepaih ni:)

    ReplyDelete
  11. nasib baik tak beli lagi..huhu

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak makan epal.. tapi sekarang nak kena rajin makan buah balik.. hehehe.. tapi kalau epal ai suka epal yang kecik2 tu, yang ada dua warna merah hijau tu.. ;)

    ReplyDelete
  13. epal memang sedap buat jus pun sedap.
    tapi bakteria tu boleh mengakibatkan apa kak Suria

    ReplyDelete
  14. keluar ja berita ni, saya terus buang epal kat rumah
    walaupun keluaran syarikat lain, tapi was-was
    takut

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah