Monday, January 5, 2015

Resepi Sotong Goreng Kunyit


sumber FB


BAHAN-BAHAN:

5 ekor sotong sederhana besar | dipotong cincin
2 biji bawang besar | dipotong bulat
3 ulas bawang putih | dihiris nipis
10 biji cili padi | diketuk
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan sos tiram
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit garam dan gula
Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan sotong bersama garam, serbuk kunyit, sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam. Biarkan      diperap seketika.
2. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih sehingga harum.
3. Masukkan perapan sotong kemudian diikuti dengan bawang besar serta cili padi. Gaulkan rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan angkat.

19 comments:

  1. Alahai sotong , dapat kerabu sotong ni sedapnyaaaaa. T_T

    ReplyDelete
  2. Resepi ni feveret anak2 sue.

    ReplyDelete
  3. tengok gambar ni pun dah terliur nak makan sotong.....

    ReplyDelete
  4. lama tak maakn sotong nie...lepas musim banjir ni boleh dah pergi beli dekat pasar nie

    ReplyDelete
  5. selalu buat...kegemaran suami...sedap kan mkn panas2

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaa. tetiba rasa nak buat jugak :D

    ReplyDelete
  7. Dah lama x masak ni.
    Mama je suka.
    Anak-anak x suka.

    ReplyDelete
  8. lapar pulak tengok gambar nih..
    sotong kalau masak simple2 gini memang sedap..
    rasanya pun tak hilang

    ReplyDelete
  9. Nyummie...biasa buat sambal dan goreng kicap je kak

    ReplyDelete
  10. simple tapi sedap.. kat umah kalau masak nih, maunya clear dimakan oleh anak2 jer..

    ReplyDelete
  11. my feveret ni...sedap makan nasi panas-panas

    ReplyDelete
  12. See...makanan lagi! urghhh kelaparan aku dibuatnye..hahah :D

    ReplyDelete
  13. Dak Kakak memang suka sotong..
    Dak Adik dengan dak Nuha so and so je.. ada makan takde tak makan.. tapi ayam tetap kena ada.. ;)

    ReplyDelete
  14. Yummy yummy ..Lama dah tak makan sotong ..Nak kena g cari jugak la nie..

    ReplyDelete
  15. Sedapnya masak camni..boleh juga masak camni nanti.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah