Thursday, January 29, 2015

'Makhluk' setinggi 8 kaki cetus tanda tanya




LONDON, (MLP) - Kerana sekeping gambar yang diambil di sebuah pub di dalam sebuah hotel, satu keluarga dilanda ketakutan dan masih dalam tanda tanya.

Beberapa minggu yang lalu, seorang guru, Debbie Monteforte, mengunjungi Hotel Kings Arm, bersama suaminya Alex dan anaknya Raphael.

Dalam sekeping gambar yang diambilnya, kelibat seorang wanita berbaju hitam dapat dilihat dengan jelas.

Biarpun wajah wanita itu tidak nampak jelas, tetapi Debbie yakin ia adalah makhluk halus kerana kata Debbie, tiada sesiapa berada di situ ketika dia mengambil gambar, kecuali suami dan anaknya.

Lebih menakutkan, setelah dianalis, ramai berpendapat, dengan jarak di mana makhluk itu berada dan saiz ia kelihatan dalam gambar, makhluk misteri itu berketinggian kira-kira 8 kaki.

Hotel Kings Arm adalah antara yang tertua di London, malah cukup terkenal dengan kisah-kisah seramnya.

'Urban legend' mengatakan, pada kurun ke 19, seorang budak lelaki menemui ibunya mati tergantung, sebelum dia sendiri membunuh diri dengan terjun daripada tingkap hotel itu

Sumber Mylaunchpad.com.my

18 comments:

  1. wah.. bila dorang nak filemkan. macam best jer cerita2 seram dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang kena dapatkan lagi bahan cerita agar filem tu nanti pecah panggung..;)

      Delete
  2. seram kot cerita macam tu..xde org tbe² dalam gambar ada..memang menakutkan..

    ReplyDelete
  3. erkk diri lak bulu roma ni..>,<

    ReplyDelete
  4. 8 kaki e? tinggi bapak punye pon hadoi tu... tapi kire ok la diorang tak di ganggu secara direct, cuma mungkin kebetulan benda tu ada kat situ, rezeki dia la tu...

    ReplyDelete
  5. kena percaya ada makhluk lain hidup di dunia ini selain kita.. yg penting, kita tahu adab masuk ke rumah / mana2 tempat yang pertama kali kita kunjungi... :)

    ReplyDelete
  6. Salam, perghh tinggi~ nmpk jelas pulak tu dlm gambar..hmm tp dah diorang pun pergi hotel2 yg seram kan, so kena lah sedar maybe tu mmg tempat diorang~ huhu seram

    ReplyDelete
  7. yang kat belakang tu ke??
    Nampak sipi-sipi je muka dia tapi menakutkan

    ReplyDelete
  8. seram..nasib baca time siang..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah