Friday, January 9, 2015

Petua Untuk Diamalkan.....

Kadang2 kita x boleh pandang remeh atau sambil lewa petua petua yang org tua bg...adakala mujarab...x ada petua dari orang2 lama macam x sah kan walau sekarang kita didalam zaman moden..ada yg x percaya dan ada jugak yg amalkan...

✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke     dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.

• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.

• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
  Copy & paste untuk saudara mara dan kawan-kawan........

****Jangan kedekut ilmu.
Sila kongsi untuk manfaat bersama....

10 comments:

  1. Salam Kak SA, terima kasih atas petua2 ini... byk yg boleh diikuti.. moga same2 dpt manfaatnya...

    selamat hari minggu SA...!!!

    ReplyDelete
  2. Boleh praktikal selalu nie kak..

    ReplyDelete
  3. Ubat gigi... selalu sapu muka untuk elak jerawat naik ! hahahha...
    nice sharing kak...

    ReplyDelete
  4. Memang ada gunanya petua orang dulu2 ni

    ReplyDelete
  5. bagus betul semua petua ni.. ^_^

    ReplyDelete
  6. banyak petua yang boleh diikut ni
    semuanya mudah-mudah ja

    ReplyDelete
  7. Petua yang mudah terutamanya air masak tu.. sangat baik untuk kesihatan.. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah