Monday, January 12, 2015

Apabila Fanatik Mengatasi Kewarasan....

credit to Mylaunchpad.com.my

KUALA LUMPUR, (MLP) – Kumpulan B1A4 dari Korea Selatan yang berkunjung ke Malaysia pada Sabtu lalu bagi sesi bertemu peminat dilanda kontroversi melibatkan komuniti Islam.

Pelbagai gambar dan klip video yang memaparkan gambar gadis-gadis bertudung dicium dan berpelukan dengan ahli kumpulan B1A4 menjadi isu hangat di kalangan pengguna laman sosial di Malaysia.

Pelbagai komen berbaur teguran tidak kurang juga cercaan dilemparkan para pengamal media sosial yang rata-rata terkilan dengan tindakan gadis-gadis bertudung terbabit.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan username Keezm bertindak menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

Keezm yang berada di lokasi acara B1A4 Special Fan Meeting in Kuala Lumpur menyatakan apa yang berlaku adalah di luar kawalan pengacara majlis.



Menurut status yang dimuat naik itu, pengacara majlis sudah memaklumkan apa yang perlu dibuat terlebih dahulu dan gadis berkenaan menjawab tanpa was-was untuk meneruskan adegan memeluk artis berkenaan.

Kredit gambar: katakcomel, mysumber, melvister


Apa kata Suriaamanda?

Aku x nak cakap banyak sebab aku x nak kena kecam dengan peminat2 K-Pop...masak aku nanti...pada aku x salah nak minat tp kena la tau peraturannya...fanatik pun fikir la baik buruk dan landasan sebagai Muslim...dah tentu2 keyboard warrior ramai memerhati confirm korang kena..lagi satu la...kot la mak ayah budak2 tu nampak or tau...acaner erk?adoiii...sib baik aku x minat menda ni semua...boleh je nak fanatik tp sampai jangan lupa asal usul budaya dan agama...

21 comments:

  1. Hmmm rumah siap pahat berbunyi... apa pun sepatutnya adik2 tu walau minat menggiler kat kpop, jangan lah hilang kesopanan sampai boleh dicium... tak sopan

    ReplyDelete
  2. Kita minat juga Korean , tapi. Hurm. InshaAllah masih boleh pikir mana yang boleh mana yang tak boleh. Bila tengok macam ni. Sedih. Malu semua ada. T_T

    ReplyDelete
  3. even minat batas pun kena jaga jugak

    ReplyDelete
  4. sebab jadi viral je org kecoh padahal hari2 kita tengok tv orang peluk cium takde sapa nak jadikan isu.. siap komen sweet nya... takde ramai yang cakap.. Ya Allah berdosanya.. haramnya.. Apapun perbuatan yang salah tetap salah cuma salah di mata manusia ni ada level2 dia.. retis dengan retis peluk cium sweet.. retis kpop & peminat melayu islam peluk cium... sweat. Sepatutnya kerajaan bagi garis panduan pada artis luar yg nak buat konsert kat sini tentang batas pergaulan antara mereka dengan peminat.. Budak2 ni pepaham je la.. depa buat keputusan lebih berlandaskan hati dari akal.. ahkak2 jumpa nuar zain pun tak kalah.. peluk cium, inikan adik2 jumpa retis kpop

    ReplyDelete
  5. slow2 berubah. elakkan pertemuan. more depan screen je.

    ReplyDelete
  6. sy tak reti layan kpop kak.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. tepuk dada tanya hati..mna btl mana salah..

    ReplyDelete
  8. Benda ni pun jadi satu muhasabah juga pada parents itu sendiri bagaimana mendidik anak2..byk pgjrn boleh diambil dr kejadian ni.

    ReplyDelete
  9. emmm....kesiannya mereka tak boleh kawal perasaan....

    ReplyDelete
  10. betul..nak komen lelebih nnt kang kene hentam ngan peminat tegar kpop..kang ade pulak yg membalas yg kat mall peluk2 tuh mcm mana?..yg dlm drama tuh pun peluk2 nape xnk kecoh??..hurmmm..

    ReplyDelete
  11. Tepuk dada tanya iman.. Wallahualam

    ReplyDelete
  12. ye betul..minat tak salah..kita dulu pun masa muda2 minat artis macam hapa lagi tapi tak de sampai niat kalau jumpa nak peluk cium..hehheh..yang sedihnya bila ramai yang tak tahu cerita sebenar dok salahkan kpop bagai..padahal didikan agama dalam gadis2 tu yang kurang..mat kpop tu tau apa la dia..depa tu agama pun tak dak..yang tak tahu cerita sedap2 je dok maki hamun mat kpop tu..cakap penis pendek la,bukan lelaki sejati la..nampak sangt dok ikut orang memaki je ..heheh

    ReplyDelete
  13. benda ni boleh buat pengajaran..moga x terjadi lagi perkara macam ni..

    ReplyDelete
  14. terukk betull..xmalu ,kita yg tgk pulak rasa malu gila =..=

    ReplyDelete
  15. dalam twitter trending kot pasal ni..huhu..speechless..

    ReplyDelete
  16. Mashaallah...
    Lauk yang datang kat kucing rupenye.
    Mmglah kucing x tolak..ratah ajelah..

    ReplyDelete
  17. Terkejut gak tgk video tu.. Fanatik sangat sampai lupa halal haram.. But nampakla mc cuba control situasi supaya takde adegan melampau berlaku.. Huhu..
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
  18. aduhhh, malunya..
    yang menjadi viral sangat tu sebab gadis bertudung.

    ReplyDelete
  19. Jauhkanlah perkara yang tidak elok dari mendekati anak2 kita..

    ReplyDelete
  20. Minat biarlah berpada2, nasib saya tak berapa minat Kpop ni. Suka RM n drama korea je ;D

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah