Friday, October 30, 2015

Teknik Feng Fu | Terapi Ais Untuk Kesihatan Tubuh

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama....

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika  ditempelkan dgn  ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita  akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan  lebih muda.



Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai  Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu,  memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

 Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi  ini ternyata  lebih  efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi  ini juga dapat  meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini  menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini  mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.

Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:

1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualitu tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.

10 comments:

  1. Salam, owhh patutlah bila sy letak minyak angin kat belakang tu, teras cepat betul lega dan mood okay semula..mmg hilang letih dan jd segar..rupa2nya itu adalah titik dlm akuputur ye..bagus nih!

    ReplyDelete
  2. Nice sharing. Nanti boleh cuba..

    ReplyDelete
  3. tak pernah try walau dah banyak kali baca..kat rumah tak de ais..heheh...nanti nak try la..sebab saya ni mudah mengantuk..

    ReplyDelete
  4. nak try hrtu. tp mcm komen DR. senasib la. yg ada botol air mineral 1.5l je. rasanya bertambah stress klu pki botol mineral tu

    ReplyDelete
  5. Oh... sungguh terima kasih banyak SA
    Kakak suka ilmu baru ini sebab kakak perlukannya
    Kakak akan cuba malam ini juga. Kakak selalu sakit kepala sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. Bos tempat Fida kerja ada gak ajar haritu cara nak hilangkan stress..Letak tangan dekat belakang tengkok..pastu hentakkan jari kita dekat belakang tu..hmmm..macam mana yer nak citer..t la Fida share

    ReplyDelete
  7. Cik akak biasa letak.minyak je kat bahagian tu kak....asal migrain..tempek.minyak...nak juga cik akak cuba cara nie
    ..

    ReplyDelete
  8. eemm boleh cuba lepas ni.. agak rasa tegang/stress letak cepat2 ais bagi cool balik.

    ReplyDelete
  9. Ramai yang tak tahu mengenai fengshui ini,termasuk la aiza.. Setakat ni aiza belum kena migrain, pening kepala biasa ada juga..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah