Friday, October 30, 2015

Kalau Sembelih Sekampung Boleh Makan...

http://suriaamanda.blogspot.my

Seladang......besar giler kan...tertarik plak aku tengok dia ni...ekceli ni gambar lama yang aku jumpa dalam folder...masa ni pi Zoo Melaka...lama dah...masa birthday aku tahun 2013 kot...tetiba teringat iklan Red Bull tuh...lebih kurang sama jer ngan seladang..keluarga lembu kan?

info dari wikipedia :

Seladang (Bos gaurus, dahulu Bibos gauris) ialah sejenis haiwan bovin yang besar dan berbulu warna gelap di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar pada hari ini adalah di India. Seladang ialah spesies lembu liar yang terbesar dan adalah lebih besar daripada Kerbau Tanjung, Kerbau Air Liar Asia, dan bison. Dalam konteks pelancongan safari, ia dikenali sebagai bison India, akan tetapi istilah ini tidak tepat daripada segi teknikal. Bentuk bela jinak Seladang dikenali sebagai gayal atau mithun.

Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada dahi di antara tanduknya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang, manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat gelambir yang jelas pada leher dan dadanya. Rabung di bahagian belakang sangat ketara.

Seladang jantan dewasa berwarna antara perang gelap sehingga hampir hitam bagi Seladang yang amat tua. Bagaimanapun, bahagian atas kepala dari atas mata sehingga tengkuk berwarna kelabu atau kekadangnya putih kotor. Muncung Seladang jantan berwarna pucat, dengan bahagian bawah kakinya berwarna putih tulen. Bulu jantan yang tua sangat nipis pada bahagian belakangnya.[1] Sebaliknya, warna Seladang betina dan anak lebih pucat dan kekadang mempunyai warna kuning keperang-perangan sedikit yang paling ketara bagi Seladang yang hidup di daerah kering dan terbuka. Tanduk Seladang berwarna hijau pucat atau kuning hampir pada sepanjangnya tetapi hujung tanduk berwarna hitam


Kalau species Lembu...boleh sembelih dan boleh makan la kan...ini kalau sembelih confirm boleh makan sekampung ni..silap hari bulan kampung sebelah pun boleh tumpang makan sekali...

sekian tentang Seladang pelajaran untuk hari ini....

13 comments:

  1. masak rondang lado api ye SA haha :)

    ReplyDelete
  2. saya takut tengok dia kak hahahahaha..muka ganasss sangattt niiii..

    ReplyDelete
  3. macamana la rasanya daging seladang ni yerk...hehe

    ReplyDelete
  4. Salam, hahaha menatang ni lah yg buat sy takut kalau masuk zoo time pakai baju warna merah..lalu depan dia siap sembunyi2 takut kena kejar..hahah

    ReplyDelete
  5. Sbb tu namanya seladang sebab ladang pun kan besar..hahahaha

    ReplyDelete
  6. Akak...seram tengok..besar betul...ddg lembu masak kari sedap..hahaha

    ReplyDelete
  7. Info berguna ni.. Memang besar seladang tu.. Masak rendang tak habis makan ni.. Hehe..

    ReplyDelete
  8. kalo buat sate seladang ni leh patah gigi meratahh sbb liat ., ;p

    ReplyDelete
  9. takut tengok seladang ni..tanduk tajam dan garang kan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah