Monday, October 19, 2015

Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

Kualiti udara kembali merosot akibat jerebu merentas sempadan


Semangat anak aku nak pi sekolah sebab nak exam minggu ni kan...tapi malam tadi announcement dah putuskan sekolah bercuti..takpe la...masih ada masa untuk ulangkaji kan. Cuma tiada aktiviti luar...Seremban semalam teruk sangat..kami anak beranak memang bertapa dalam rumah je...menakutkan la cuaca sekarang..baru bernagan cuaca will be ok sebab sebelum ni memang dah ok dah memandangkan hujan pun dah start turun kan...ya allah moga dikau lindungi kami dan anak-anak kami dari sebarang kecelakaan....

Jom tengok gambar yang sempat aku snap pagi ni dari opis...





KUALA LUMPUR: Kualiti udara hari ini terus mencatatkan kemerosotan apabila pencerapan Jabatan Alam Sekitar sehingga pukul 6 pagi tadi mendapati sejumlah 17 kawasan catat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Bacaan IPU tertinggi dicatat adalah di Seremban iaitu 167 diikuti dengan Tawau (165), Banting (153), Bandaraya Melaka (147), dan Batu Muda Kuala Lumpur (137).

IPU tidak sihat turut dicatat di Bukit Rambai Melaka (145), Nilai dan Port Dickson (143), Putrajaya (135), Pelabuhan Klang (134), Shah Alam (129), Petaling Jaya (122) dan Cheras Kuala Lumpur (117).

Di Johor beberapa kawasan turut mencapai IPU tidak sihat, iaitu di Larkin Lama (105), Muar (127) dan Pasir Gudang (102).

24 kawasan lain berada di kawasan sederhana manakala 9 kawasan lain pula merekodkan IPU di bawah 50.
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).



8 comments:

  1. Anak-anak I supposed ada final exam hari ni, kena tunda la jawabnya so masa cuti digunakan untuk buat revision lagi

    ReplyDelete
  2. kali ni makin teruk pulak rase nyer :( sampai sakit kepala dah nie.

    ReplyDelete
  3. pagi tadi terkejut tengok luar kabur semacam je..rupanya jerebu kembali lagi..

    ReplyDelete
  4. moga jerebu cepat prgi dari malaysia..aamiin

    ReplyDelete
  5. Mmg teruk la kak jerebu skang..kat melaka nie nak kuau berpikir2 sebab jerebu tebal..

    ReplyDelete
  6. tu la pasal...ingatkan dah reda jerebu mana tau dia mai lagi teruk kali ni..
    Muka Fidah ni sejak ada jerebu...makin syok pulak jerawat naik...

    ReplyDelete
  7. agaknya esok pun masih cuti sekolah..

    ReplyDelete
  8. Baru balik dari kl semalam, teruk jugak view kat putrajaya

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah