Tuesday, October 20, 2015

Lima sebab menarik kenapa anda perlu menonton Pencetus Ummah 2015

Lima sebab menarik kenapa anda perlu menonton Pencetus Ummah 2015
Pelbagai penambahbaikan dari segi format dan persembahan telah dilakukan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian oleh para peserta untuk disajikan penonton. - Gambar Astro GEMPAK

Minggu pertama Mimbar Pencetus Ummah telah pun berlangsung pada malam Khamis lalu dengan menyaksikan 12 orang peserta tampil mempersembahkan dakwah mereka kepada penonton.
Bagi anda yang telah menonton, pastinya anda akan sedar tentang kelainan dan keunikan yang ditampilkan oleh pihak produksi Pencetus Ummah untuk musim ketiga ini.
Pelbagai penambahbaikan dari segi format dan persembahan telah dilakukan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian oleh para peserta untuk disajikan penonton.
Di bawah ini, Astro Gempak telah menyenaraikan lima sebab menarik kenapa anda perlu menontonPencetus Ummah 2015 yang akan berlangsung untuk minggu seterusnya.
1) Hadirnya Kak Ogy atau Fauziah Dato` Ahmad Daud Sebagai Guru Persembahan
Bagi anda yang pernah menonton program realiti Akademi Fantasia, pastinya anda akan ingat betapa garang dan lantangnya Fauziah Dato` Ahmad Daud atau Kak Ogy sebagai pengkritik.
Saban minggu ada sahaja yang tak kena pada persembahan pelajar yang sering dijadikan `point` oleh Kak Ogy untuk `menghentam` pelajar-pelajar tersebut.
Justeru untuk Pencetus Ummah 2015 ini, Kak Ogy telah ditampilkan sebagai Guru Persembahan di mana tugasnya adalah untuk mendidik 12 orang pendakwah muda ini untuk beraksi dengan mantap di atas pentas.
Bagaimanakah gaya penyampaian dan elemen apakah yang akan disuntik oleh Kak Ogy untuk anak-anak didiknya kali ini? Berjayakah Kak Ogy menampilkan seorang pendakwah yang mampu memberi impak di atas pentas?
Itulah yang kita perlu tonton dalam Pencetus Ummah 2015.
2) Penampilan Pelawak Shamsul Ghau Ghau Sebagai Hos.
Lama kita tidak lihat aksi pelawak kita ini di atas pentas. Pernah menganggotai kumpulan lawak yang amat popular satu ketika dahulu, abang Shamsul kita ini bagaimana pun kini sudah berhijrah dan bergelar Haji.
Untuk Pencetus Ummah 2015, pemilik nama sebenar Shamsul Azahar Aliddin ini telah digandingkan dengan Ustaz Zulkefli Hamat sebagai hos.
Memang agak kontra penampilan mereka, Ustaz Zulkefli seperti mana yang kita ketahui agak lebih ortodoks dan rileks.
Manakala abang Shamsul pula lebih kecoh atau kepoh dan menyuntik elemen-elemen lucu dalam gaya pengacaraaannya.
Minggu pertama Pencetus Ummah 2015 Khamis lalu telah menyaksikan mereka digandingkan buat julung kalinya.
Mungkin keserasian mereka akan bertambah apabila masuk ke minggu-minggu seterusnya.
3) Datuk Ustaz Kazim Elias Sebagai Mudir/Pengetua
Pendakwah tersohor negara, Datuk Ustaz Kazim Elias telah diperkenalkan sebagai Mudir ataupun Pengetua untuk Pencetus Ummah 2015.
Bagi anda pengikut setia program Kalau Dah Jodoh…, pastinya tahu betapa bersahajanya Ustaz Kazim Elias tampil memberikan ceramah.
Untuk itu, tanggungjawab berat untuk memantau kelas-kelas yang dijalankan serta perkembangan setiap peserta dari minggu ke minggu telah diberikan kepada Ustaz Kazim.
Sejauh manakah peserta-peserta ini akan menggunakan manfaat sebagai anak didik Ustaz Kazim dalam membantu mereka menjadi pendakwah yang hebat?
Jawapannya dapat kita ketahui dalam Mimbar Pencetus Ummah dari minggu ke minggu.
4) IM Ashraf, PU Hafiz dan PU Azman Dilantik Sebagai Mualim
Satu kejutan telah dilakukan di penghujung program Mimbar Pencetus Ummah 2015 yang pertama, Khamis lalu.
Juara Imam Muda musim pertama iaitu IM Ashraf, juara Pencetus Ummah musim pertama iaitu PU Hafiz dan juara Pencetus Ummah musim kedua iaitu PU Azman telah diperkenalkan sebagai Mualim.
Untuk format baru, setiap seorang dari mereka bertiga akan dipertanggungjawabkan mendidik 4 orang peserta Pencetus Ummah 2015 ini.
Boleh dikatakan mereka bertiga akan `bersaing` sesama sendiri untuk melahirkan pendakwah terbaik dari kalangan 12 orang peserta Pencetus Ummah 2015.
Sejauh manakah kehebatan `persaingan` tiga tokoh Mujahid ini?
Inilah yang kita ingin tonton dalam Pencetus Ummah 2015.
5) Variasi dan pelbagai `warna` dikalangan 12 Orang Peserta Pencetus Ummah 2015
Sebab terakhir kenapa anda perlu menonton Pencetus Ummah 2015? Tentulah kerana peserta-pesertanya. Rasanya selepas Mimbar Pencetus Ummah yang pertama ditayangkan, anda penonton sudah pun mempunyai peserta favourite sendiri.
Kesemua 12 orang peserta ini datang dari pelbagai latar belakang unik.
PU Taha contohnya boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Inggeris, Hindi, Punjabi, Arab dan Rusia.
Bintang Youtube, Allen Castello pula yang dulu popular dengan lagu She’s Gone nyanyiannya, kini bakal berdepan cabaran baru apabila dikenali dengan PU Alen.
Oh ye kita juga ada Juara program Generasi Muaz iaitu rancangan seakan Pencetus Ummah yang bersiaran di Singapura iaitu PU Adek. Mampukah pengalamannya sebagai juara di Singapura memberi kelebihan untuk bersaing dalam Pencetus Ummah? Sama-sama kita nantikan.
Begitulah antara 5 sebab menarik untuk anda tonton Pencetus Ummah 2015.
Pencetus Ummah 2015 telah dibawakan oleh Prudential BSN Takaful selaku penaja utama rancangan.
Juara Pencetus Ummah 2015 bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi. Manakala tempat kedua, ketiga dan keempat akan meraih RM10,000 dan sebuah trofi setiap seorang


SUMBER

7 comments:

  1. Salah satu wadah untuk menimba ilmu di sinilah dia.
    Kita nantikan kesudahan yg pastinya sangat mencabar.

    ReplyDelete
  2. Aah, ade lah kelainan, kan :)

    sis dah join kan nih, saje ngajak singgah ke blog sy pulakk, hehhee

    http://nonasani.blogspot.my/2015/10/giveaway-nurfuzie-dot-com-1.html

    ReplyDelete
  3. Tak follow, tapi bila dah buka. memang tengok.. dan berezki tonton final :)

    ReplyDelete
  4. best ni, dai dah habis, jom tgk pu pulak

    ReplyDelete
  5. Memang menarik.. satu kelainan.. ai suka.. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah