Monday, October 19, 2015

Kualiti Masa Dengan Anak Dan Keluarga

Ini la nasib bila jadi weekend mama, masa tak banyak dengan anak..nak buat macam mana kan...demi rezeki dan sesuap nasi. Tapi ada gak yang tak faham keadaan aku...ye la memang tak leh nak compare la..mereka ada complete family tapi bukan aku la kan..aku ni banyak tanggungjawab dan tanggunggan...apapun biarlah mereka dengan mulut puaka mereka..asalkan aku mampu membahagiakan anak dara dan keluarga aku.

So pagi semalam...memuaskan hati anak dara aku ni...nak sarapan kat luar..so terjah la ke Restoran Negeri yang terletak di bandar Seremban. lepas sarapan tu pi Pasar Besar plak beli stok untuk seminggu.Bukan la aku berdua je masa ni...ada Mak dan Abah jugak....


dapat segelas milo ais


roti canai


Kari kambing...

Alhamdulillah...

Seronok tgok dia berselera makan...puas la hatinya tu...nak keluar bawak jalan-jalan cuaca tengah buruk dan teruk sangat..sangat-sangat tak sihat kan...entah bila la nak hirup udara yang segar..
nampaknya jerebu ni macam lambat lagi nak pulih....dugaan apakah ini kan....

aku memegang pada satu fakta yang kerap aku baca..

"Kita perlu mengamalkan konsep masa berkualiti dengan ahli keluarga kita". Demikianlah saranan yang sering kita dengar hampir setiap hari. Ramai yang bersetuju dengan saranan ini. Dalam kesibukan kita mengejar masa dengan urusan seharian, kita tidak lagi mampu untuk meluangkan banyak masa dengan ahli keluarga yang lain. Untuk itu, masa berkualiti adalah alternatifnya. "Apa guna meluangkan masa berjam-jam dengan anak jika ianya tidak diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat?"

Dengan kenyataan diatas..aku kerap kali berfikir...kualiti masa untuk anak memang penting dan mempengaruhi pembesaran serta minda anak. Untuk itu...walau penat macam mana sekalipun aku akan cuba memenuhi masa yang berkualiti dengan satu-satunya anak dara aku tu...seboleh-bolehnya aku mencurahkan kasih sayang walau macam mana sibuk pun aku ketika bekerja.alhamdulillah sejak dah besar ni Dania dah faham situasi aku as a weekend mom. dia dah kurang dah bercakap tentang ketidakpuas hatinya bila aku jarang ada di rumah tak macam ibu bapa lain. Insyaallah masa itu akan tiba juga nanti..aku pun nak ada com plete family dan nak hari- hari ada dekat dengan keluarga aku kan...moga allah makbulkan dan permudahkan jalan ke arah kebahagiaan untuk aku...

13 comments:

  1. Betul jugak kak... kekadang anak ni rasa terpinggir bila parent terlalu sibuk dengan kerja... :) Alhamdulillah Dania dah besar dan semakin faham situasi..... Moga Allah SWT mempermudahkan urusan akak...

    ReplyDelete
  2. insya allah..

    lain org lain cerita kiter tak boleh comparekan dgn keluarga org lain kan..akak ikut je jalan akak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan Idzwa.. hidup kita cara kita.. kita yang bentukkan keluarga kita nak macam mana.. ;)

      Delete
  3. kualiti time dgn family sgt penting, biarlah sibuk mana pun kita, janji tetap ada masa utk melayan kerenah anak2

    ReplyDelete
  4. you are rite.. quality time most important for family

    ReplyDelete
  5. Betul tu SA. Walaupun 2-3 saje masa yang kita ada dengan family...kalau kita gunakan dengan sebaiknya...adalah lebih baik daripada berjam2 dengan anak2 tapi masing2 dok buat kerja sendiri.

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. dialah racun dialah penawar.. ;)

    ReplyDelete
  7. pasti banyak dugaan sebagai seorang weekend mama kan..tapi dengan memanfaatkan kualiti time, insyaallah semuanya akan ok..be strong sis!

    ReplyDelete
  8. Akak jgn peduli kak ape org kate..dieorg xtau sakit perih akak jaga tanggung family akak..bg falsya akak dh buat pengorbanan yg besar sgt dh demi family akak..

    ReplyDelete
  9. inshaaAllah dipermudahkan semua nye ....

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah