Tuesday, October 20, 2015

Hidangan Ahad Family Suriaamanda

KUALITI MASA DENGAN KELUARGA DI HUJUNG MINGGU

Asal weekend je masak...asal masak jer weekend, ikutkan malas nak share..tapi kalau tak share takde plak kenangan kan...dah la blog ni macam diary...apa jer aktiviti nak letak dalam ni....

So hujung minggu lepas...pergi pasar besar beli Ketam, Kepala Ikan dan sayur-sayur segar..eh murah plak sayur..seikat RM1.00 cuma cendawan tiram jer mahal...RM12.00 untuk 500gram...mak aiii mahalnya....

Jom tengok cara aku masak ketam...


Ketam, cili api dan kunyit yang dah ditumbuk serta serai...masukkan dalam periuk dan pasangkan api sampai air ketam tadi kering skit...style aku ni x letak bawang or bawang putih ye...x sedap


masukkan santan dan di kacau selalu agar tak bertahi minyak


Ni dah nak menggelegak...


okey dah siap masak dah...

Selain masak lemak ketam aku buat gak sayur bayam goreng..tak complete hidangan kalau takde sayur kan....


Kepala ikan kerapu aku buat sup campur cendawan...itu mak yang request sebab mak tak boleh makan ketam..alhamdulillah tengok mak selera makan...lately ni mak tak selera makan...kalau kena ngan tekak dan selera baru dia banyak makan skit...


Aktiviti memasak memang dah jadi rutin aku setiap hujung minggu..at least abah dan mak dah boleh rehat...tak perlu nak masak lagi..aku dah ambil alih dah...Dania pun dah besar dah boleh kemas rumah...dah boleh basuh baju dan sidai baju cuma weekend lepas Qhaira takde so rumah takde la bersepah sangat...Dania aku suruh ulangkaji pelajaran kat tingkat atas...suppose minggu ni exam kan...tapi cuti sekolah akibat jerebu..hari ni pun dah hari kedua dah cuti...esok lusa tak tau la lagi macam mana...harap IPU makin baik...risau la banyak pelajaran anak-anak terganggu...dah nak hujung tahun dah ni.....

Sama-sama kita buat solat hajat agar Jerebu ni hilang...sebab pembakaran terbuka di Sumatera belum padam sepenuhnya walau pelbagai pihak telah memberikan pertolongan.Semoga allah permudahkan untuk kita semua..semoga kita semua dapat menghirup udara segar semula....

12 comments:

  1. masak untuk family pun satu terapi...hehe... sedap2 nampak tu SA...

    ReplyDelete
  2. One of the best blog with great work in the website with stunning food pictures
    http://www.couponkoz.my/coupons/foodpanda-malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for your comment..really appreciated

      Delete
  3. Replies
    1. memang x boleh dipisahkan...pure NS kan

      Delete
  4. sedapnyekak ./... ko mmg rajin la ...mcm2 menu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti utama bila balik setiap minggu...

      Delete
  5. sungguh menyelerakan.. mmm.. nk buat gak la minggu ni

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Dan Entri terbaru di Veterinar | Cara Memberi Ubat Kepada Haiwan

    ReplyDelete
  6. sdapnya masak lemak ketam tu..:)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah