Wednesday, September 30, 2015

Nampak Lawa..Nampak Lawa...Dia Pakai NV...

Pengaruh Iklan Terhadap Kanak- Kanak

Kanak-kanak buat apa jer comel..ternyata mereka cepat terpengaruh dengan iklan. Especially iklan yang mempunyai latar muzik yang catchy macam yang terbaru iklan dari Nouvelles Visages yang akan keluar setiap kali ada konsert AF. Qhaira tak ketinggalan akan tiru aksi dalam iklan tu tapi ikut version dia la...comel jerk....Ternyata pengaruh iklan sangat kuat terhadap kanak-kanak dan merangsang otak mereka.

Menurut satu kajian di Amerika Syarikat, kanak-kanak yang menonton televisyen akan tededah kepada lebih daripada 40,000 iklan setahun.Selain itu, lebih daripada 10 minit daripada setiap jam laluan siaran diberikan kepada slot pengiklanan. Ini bermakna kanak-kanak seolah-olah ‘dipaksa’ menghabiskan sebahagian daripada kehidupan mereka hanya dengan menonton iklan di televisyen.


Gambar goyang skit...ni versi masa dia belum pandai nak buat...

Sekarang pantang iklan tu keluar dia akan goyang2 badan dan main2kan jari ikut iklan...pas tu dia gelak...comel jer...

biasa la kan...budak kecik buat apa jer yang tak comel.. semuanya comel...sejak mak dah tak jaga si kembar dan si kembar dah di transitkan ke rumah nenek diorang makanya Qhaira la pulak jadi penghibur hati Mak Abah dan kami sekeluarga...comel jer dia terkedek-kedek menari ikut lagu iklan ni....

la ni dia dah sibuk belajar bercakap...pun kekadang buat aku panas hati...lain di ajar lain plak di jawab..

contohnya :

Mama > Amma
Mami > Ammi
Uwan > Uwe
Atuk > Atoookkkk
Kakak > Tatak
Lori > Rilo!

Haih...Lori jadi Rilo...diterbalikkan ..nak buat cane kan...baru belajar cakap..baru nak explore...lidah masih lom lembut kot...hahahaha....

11 comments:

  1. Assalamualaikum Amanda Suria,

    Comel betul si kecik ni.. Dah pandai bergaya dan tiru gelagat orang..
    Iklan NV okay lagi AS, iklan tak boleh blah iklan lipstick Terlajak Laris...
    Macam cantik jer.. Macam comel jer.. Macam meluat jer.. huhuhu ;-)

    ReplyDelete
  2. sepupu kecik sy pun dah hafall iklan ni, hahaha :D

    ReplyDelete
  3. alolo comeynya..keletah nya menghiburkan hati yang lara kan

    ReplyDelete
  4. Dialah penghibur buat semua.. ;)

    ReplyDelete
  5. Alolo, comeynya. Sama macam anak buah Sha. Laju je bila dengar iklan, hehe

    ReplyDelete
  6. Cute la Qhaira ni....
    Anak aunty pun suka iklan NV ni....
    Hehehehehe....

    ReplyDelete
  7. betul tu SA, anak buah kak ana pun kan men lagi dengan iklan NV ni hihi comel sangat kan :)

    ReplyDelete
  8. Salam, haa yup2...tp sy tgk adik2 sedara sy yg kecik2 ketot ni suke betul tgk iklan...maybe sbb iklan 'aktif' dan bergerak2, so that cepat attract budak2 utk tgk..hehe
    ahahaha comell nye belajar sebutan tu, siap rilo lagi haa~ hahaha

    ReplyDelete
  9. kelakar la rara ni..yg lori tu paling obvious jauh bunyinya..haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah