Wednesday, September 2, 2015

MAJLIS PELANCARAN ALBUM SHAZZWAN ‘TITIPAN BANDUAN MUDA’

Yayasan Raja Muda Selangor Presents ‘The Second Show’


27 August 2015 buat julung-julung kalinya aku dapat turut serta ke Majlis Perlancaran Album seorang artis Hip Hop Baru iaitu SHAZZWAN bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Album yang dilancarkan  TITIPAN BANDUAN MUDA. 

Shazzwan merupakan bakat baru yang lahir dari sebuah program yang dianjurkan Yayasan Raja Muda Selangor iaitu program ''Talent for the World''

Majlis telah berlangsung dengan meriah dan diserikan dengan kehadiran penaung Yayasan Raja Muda Selangor sendiri iaitu Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj S.P.M.S, S.S.I.S, S.P.M.K. serta Pelancaran album Shazzwan pula telah dilancarkan oleh Duli Yang Amat Mulia Tengku Datin paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj S.S.I.S. 


Duli Yang Amat Mulia Tengku Datin paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin 
Idris Shah Alhaj melancarkan album Shazzwan


Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah
 Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima momento hadiah dari Shazzwan


Shazzwan memberikan persembahan yang cukup bertenaga khas buat pengunjung pada petang itu 


Backdrop Kulit Album Shazzwan


Tetamu-tetamu kehormat


Persembahan Shazzwan dan anggota kumpulannya


Aku dan blogger Yanie


Aku di sisi backdrop Album Shazzwan

Album ini merupakan hasil dari usaha Shazzwan yang pernah di penjara dan di beri peluang kedua melalui program Talent for The World dan beliau turut bertuah kerana album ini mendapat sentuhan Yogi B iaitu artis hebat yang turut menjadi mentor nya. Pelbagai nasihat serta pengajaran dapat kita dengar dari setiap lirik yang diketengahkan.

Semoga peminat muzik hip hop tanah air di luar sana dapat menerima Shazzwan sebagai artis baru yang akan memeriahkan industri seni muzik tanah air. Bakat Shazzwan sangat istimewa dan aku yakin album ini dapat di terima ramai.

Album Shazzwan "TITIPAN BANDUAN MUDA" telah pun berada di pasaran di seluruh negara dan di  i-Tunes dari 4 September 2015. 

Sebarang info atau update terkini tentang Shazzwan korang boleh layari laman sesawang beliau di https://www.facebook.com/shazzwan.mss

Maklumat lanjut tentang  YRMS www.yrms.org.my

10 comments:

  1. nak dgr lagu dr artis baru ni, hehehe

    ReplyDelete
  2. wahhh hebat tu ... bkn senang nk dpt jemputan ni

    ReplyDelete
  3. Dah dengar lagunya.. menarik.. ;)

    ReplyDelete
  4. Betul ke dia pernah masuk penjara? Sebab apa ya? Tapi alhamdullilah rezeki dia masih ada. Allah masih lagi sayang pada dia. Semoga shazzwan terus sukses :)

    ReplyDelete
  5. Glamour sangat sbb dkt HardRock Cafe. Tk sabar nk dengar album Shazzwan!

    ReplyDelete
  6. Wow.. terbaik. and nak komen satu jer.. tuan tanah di gojes sangat glamour gitu


    Soya antara Fakta dan Auta

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah