Wednesday, September 16, 2015

Selamat Menyambut Hari Malaysia...

16 September 2015 - Hari Malaysia



gambar dari google..

Selamat menyambut Hari Malaysia buat korang semua..selamat bercuti ye..

jom baca sedikit tentang Hari Malaysia yang sempat aku baca di Wikipedia...mana yang agak confuse tentang sambutan Hari Malaysia sedangkan kita baru aje sambut Hari Kemerdekaan..jangan confuse..info di bawah menjawab persoalan di minda anda...

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia


Selamat Hari Malaysia

#sehatisejiwa


11 comments:

  1. selamat hari malaysia kak :)

    ReplyDelete
  2. Salam amanda suria.. sila bg detail kt fb utk pengeposan coklat :)

    ReplyDelete
  3. salam hari malaysia ye utk SA.
    tak ke mana2 ke?
    aida dok umah je.
    qada' tido ha ha ha :)

    ReplyDelete
  4. eemm.. ai dok melayan kerenah anak2 je dekat rumah.. eemm.. takde buat apa2 pun.. eemm..

    ReplyDelete
  5. Dulu 16Sept hnya disambut di Sabah..Kini sudah diiktiraf Utk dsambut oleh seluruh rakyat malaysia..kita sehati sejiwa

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah