Monday, September 7, 2015

9 FAKTA MENARIK MENGENAI NEGERI SEMBILAN

Semua Tentang Negeri Sembilan



FAKTA 1

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke - 8 baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama dari tahun kita merdeka 1957 hingga baginda mangkat pada 1 April 1960 ketika itu baginda masih memerintah selain itu portrait baginda masih lagi digunakan di atas wang kertas Ringgit Malaysia sejak siri pertama (tahun 1967) sehingga kini.

FAKTA 2

Negeri Sembilan merupakan negeri yang kita perlu sebut perkataan "negeri" untuk melengkapkan nama negeri sembilan itu sendiri.Tanpa
perkataan "negeri" nama negeri sembilan tidak akan diketahuai oleh orang ramai jika hanya dengan panggilan sembilan.

FAKTA 3

Negeri Sembilan merupakan negeri yang terkenal dengan makanan yang cukup pedas,makanan tradisional negeri sembilan yang terkenal ialah masak lomak cili api selalunya masak lomak cili api dimasak dengan ayam dan daging.

FAKTA 4

Semenjak YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan mengambil tugas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan tidak pernah ada kenaikan atau memperkenalkan sebarang cukai tambahan untuk menambah hasil Kerajaan Negeri Sembilan,

Hasil kerajaan Negeri Sembilan tetap meningkat setiap tahun Pertumbuhan ekonomi NS bagi tahun 2014 adalah 5.5 peratus,

Rizab kerajaan Negeri meningkat sebanyak RM509 juta, Kebajikan rakyat menerusi Dasar Jaringan Sosial antara terbaik di Malaysia,

Prestasi pendidikan di Negeri Sembilan berada kedudukan Top 3 Malaysia,pembangunan tetap pesat, penyelengaraan infrastuktur berada ditahap cemerlang,kutipan Zakat naik setiap tahun, prestasi agensi-agensi Kerajaan Negeri mendapat pujian Ketua Audit Negara.

Selain itu Dasar Kerajaan Negeri Sembilan sangat mesra rakyat biasa, seperti Dasar Perumahan Negeri Sembilan, peniaga kecil di kecualikan cukai tahun pertama, pembukaan lebih tempat-tempat untuk peniaga kecil mula bertapak.... dan pelbagai lagi dasar yang mesra rakyat.

FAKTA 5

Kalau kita tengok dan kaji loghat negeri sembilan sebenarnya 
terdapat banyak penggunaan huruf " O " contoh apo,dio,kenapo,pado,tido,sapo,kono dan lain2.

FAKTA 6

Negeri Sembilan merupakan Negeri Pertama di Malaysia yang mempunyai padang rumput sintetik,Padang rumput sintetik itu rumput tiruan jenis 'fieldturf' yang berada di padang Kompleks Belia dan Sukan Paroi,Seremban,Negeri Sembilan.

Padang bola sepak rumput tiruan bertaraf antarabangsa itu melengkapkan lagi kemudahan sedia ada dikompleks itu untuk orang ramai bersukan dan beriadah.

Kos untuk membina padang rumput tiruan ini berjumlah RM2.5 juta.padang rumput tiruan yang diguna itu telah mendapat akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan sesuai diguna untuk pertandingan antarabangsa.

Sebenarnya kos penyelenggaraan padang rumput tiruan lebih murah berbanding padang rumput asli.Padang rumput tiruan ini pula mempunyai tahap kepudaran yang rendah iaitu 15 tahun penggunaannya cuma lima peratus kepudaran dikesan dan boleh digunakan dalam apa juga keadaan cuaca sama ada panas atau hujan.

FAKTA 7

Kedudukan Negeri Sembilan dalam Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)

Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)

Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung..

FAKTA 8

Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang menggunakan dan mengamalkan adat perpatih di Malaysia,negeri lain Kebanyakan menggunakan adat temenggung.

FAKTA 9

Tarian piring merupakan salah satu seni tarian tradisional yang masih diamalkan orang Melayu berketurunan Minang di Negeri Sembilan. Adat unik ini biasanya diadakan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan di kawasan luar bandar atau kampung


12 comments:

  1. Abah den org nogori, huhu...
    kt podeh, lamo tak poie sano, sejak atok meninggal

    ReplyDelete
  2. pernah ke negeri sembilan.. makanan sana semua pedas-pedas.. semua kedai akan ada masakan masak lemak cili padi..

    ReplyDelete
  3. Salam SA,

    Den tak sangko tinggal kek Nismilan.. Boss den Tok Mat.. Nismilan memang membangun.. Fakta atas tu mmg betul.. :-)

    ReplyDelete
  4. SA... Bonde nak bg tau... umur Bonde dah 37 tahun kan bercita-cita dari dulu nak masuk muzium minang kabau setiap kali lalu mesti tak singgah... teringgin sangat sebenarnya jejak kaki kat situ...

    InsyaAllah cuti sekolah nak pergilah.

    ReplyDelete
  5. dulu belajar sejarah ade la ingat sikit-sikit..ehhehe..

    ReplyDelete
  6. SA kak ana suka dengan keunikkan adat negeri sembilan, dialek dan seni binanya :)

    ReplyDelete
  7. heheh.. memang sekolah kat NS one of the best. walaupun bukan sekolah berasrama penuh, tetap saingan tinggi.
    nice info ni Suria.. terkenang tempat tinggal masa membesar dulu


    Lelaki pun suka kulit putih melepak?

    ReplyDelete
  8. Byk fakta menarik ttg negeri sembilan ni..tq info kak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah