Tuesday, September 3, 2013

Gelaran Anak Dalam Keluarga

Antara gelaran anak dalam masyarakat MELAYU

ALONG
Gelaran bg anak sulung dalam keluarga orang melayu . Eksklusif untuk anak sulung sahaja dimana adik beradiklain mmg tiada peluang untuk mennggunakan gelaran ini.
Dalam panggilan yg ringkas digelar Abg Long or Kak Long.
Namun ada jugak yg mengubahnya menjadi Kak Yong.

ANGAH
Panggilan angah adalah untuk anak kedua atau tengah dalam keluarga
Gelaran ini kekal untuk selamanya sehingga berkahwin dan terus di gelar Pak Ngah atau Mak Ngah atau pun Abang Ngah untuk yang belum berkahwin...

ALANG
Gelaran buat anak ketiga dalam keluarga. Terus dipanggil Abang Lang atau Pak Lang
Ada yang tukar jadi Pak Yang atau Mak Yang

ATEH
Gelaran bagi anak ke empat dalam keluarga. Terus di gelar Abang Teh arau Kak Teh serta
Pak Teh dan Mak Teh

ACU
Gelaran bagi anak bongsu....

Wah....banyak betul panggilankan..tapi x semua sama...lain tempat sure lain panggilan...
Ada yg panggil Kakak untuk anak sulung kan...ada gak panggil Uda,Acik, or Induk....
Macam2 ada....

Korang ada gelaran jugakkan? Jom kongsi....

Aku sure korang dh tau...aku anak sulung dh tentu orang panggil aku along kan...ada kenalan pun mcm selesa panggil aku along...hihi...if anak2 buah sebelah mak diorang mmg panggil mama Long...if sebelah abah diorang panggil Mak Long...ayooo...rasa tua sgt plak...

Jom kongsi jom.....

14 comments:

  1. family Ayu.just Along & Angah jer..pas tu yg lain semua panggil nama jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...along anak buah panggil mama..

      Delete
  2. Terbaca dalam surat khabar harian metro hari ini berkenaan isu yang sama.

    Akak semua family panggil Kak Yang, anak buah panggil Mama tapi anak2 sepupu panggil Mak Yang (yang rapat je) atau Mak Lang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab baca kat metro la td terus buat entry ni....huhu....anak buah SA pun panggil mama...tp itu belah mak la...if belah abah diorg panggil Mak long....x suka...

      Delete
  3. Assalamualaikum..salam ziarah!! Jemput ziarah blog saya ;)
    http://supplementforall.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Kat sabah jarang guna gelaran tu.....sini terus panggil abang atau kakak sahaja, pakcik atau makcik.....:D

    Tp kan anak2 buah aku panggil aku 'alang' instead of mak lang atau makcik...hehe

    ReplyDelete
  5. selalu kalo mak tam jer semua tak nak.. hehhee.. tu yang lucu ^_^

    ReplyDelete
  6. sebelah saya semua panggil dengan gelaran Maksu tapi disebelah suami gelaran bertukar kepada Mak Ngah or Angah hinggakan ada kalanya tersasul2 pulak..hihihihih

    ReplyDelete
  7. yg along, angah & acu/ucu tu sama kan..yg lain2 je la kdg2 berubah kedudukan..

    ReplyDelete
  8. setakat ni xde gelaran dlm family.. panggil nama atau kakak je... anak sedara belah husband panggil mak ngah... belah family sendiri tak ada lagi anak sedara kecuali anak sendiri.. kalau dah ada lekat la gelaran mak long tu

    ReplyDelete
  9. Saya dalam family panggil nama je. dah terbiasa macam tu. Ni dah dapat anak buah sorang, kena bahasakan pak long lak. Janggal lak rasa. hehe

    ReplyDelete
  10. Kdg sbb dok ingt gelaran tak tau naaa sbnr...

    ReplyDelete
  11. Kalau saya anak last (ank bongsu)
    Anak ank buah saya panggil saya (paksu)
    Gelaran yg best gak la

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah