Wednesday, September 11, 2013

Kontroversi: Pemasangan CCTV dalam tandas sekolah

Kontroversi-Pemasangan-CCTV-dalam-tandas-sekolah/ 
KUALA LUMPR, (MLP) - Sebuah sekolah menengah didakwa memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam tandas sekolah itu dan Kementerian Pelajaran terlahpun memulakan siasatan atas dakwaan tersebut.

Sekolah tersebut adalah SMK Seri Sentosa dan sebanyak 64 buah CCTV bernilai RM100,000 telah dipasang selepas diluluskan oleh Kementerian Pelajaran.Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa sekolah tersebut memasangkan CCTV di dalam kedua-dua tandas perempuan dan lelaki.

Sungguhpun segelintir ibu bapa telah meluahkan bahawa mereka tidak ketahui perkara ini, guru besar SMK Seri Sentosa mempertahankan pemasangan CCTV itu dan berkata surat minta persetujuan telah dihantar kepada para ibu bapa serta penjaga pelajar-pelajar sekolah itu.

Rahmah memberi penerangan yang CCTV tersebut dipasang dan diajukan ke arah sinki dan tidak boleh diubah kedudukan untuk diacukan ke arah tandas. Guru besar tersebut juga berkata yang pemasangan CCTV adalah untuk mencegah masalah seperti pembulian, vandalisme, ponteng sekolah serta pergaduhan.

Pada awalnya, sebanyak 30 peratus ibu bapa tidak setuju dengan cadangan tersebut, tetapi menukar fikiran setelah mendengar penjelasan Rahmah. Selain itu, rakaman CCTV itu hanya boleh dilihat Rahmah seorang dan cuma akan dilihat jika terdapat aduan daripada guru-guru. 

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan mengesahkan bahawa siasatan ke atas perkara itu sedang dijalankan pihaknya.

Ini merupakan kontroversi terbaru yang melanda sekolah selepas isu makan dalam ‘tandas’ di SK Seri Pristana bulan puasa lepas.


SUMBER

10 comments:

  1. dah mcm penjara dh ada cctv..
    tp ada baiknyer..
    rokok dan buli xdok lg ler dlm tandas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila fikir balik memang ada positivenya but pemikiran masyarakat kita lebih cenderung ke arah negative..

      Delete
  2. mcm2 hal..kesian cikgu2 skrg..stress..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak dee..makin stress mak ayah...cikgu lagi la kan..

      Delete
  3. erkss, cctv dalam tandas... ini boleh mengundang bahaya ni...he he he... terus gambar2 yang tak sepatutnya tersebar nanti... tapi kalau pasang pada tempat yang sepatutnya oklah kot... budak2 sekarang ni memang susah nak dikawal... panjang jer akalnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak rasa ada kebaikkan..budak2 bila dah nampak cctv tu behave la diorang....dia dah bg tau kan..diarahkan ke area sinki..bukan area toilet...

      Delete
  4. Pada kakak tujuan pihak sekolah mesti bersebab. Lihatlah monitor tv tu tak mungkin dihala ke bilik tandas. Tapi macam dikatakan hala ke sink. Oklah... sebab budak-budak sekarang macam-macam dibuat kalau tak dipantau...

    Kesian cikgu-cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman2 kita dulu xde plak perangai pelik2 macam ni..kalau ada pun setakat buli or ponteng kelas...

      Delete
  5. hishhh ini tak patut.. takkan dlm tandas on nak letak CCTV kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak cctv sebab nak pantau kegiatan murid2...bukan tujuan skodeng murid dalam tandas..hehehe

      Delete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah