Thursday, September 26, 2013

Adam AF2 Selamat Bernikah Dengan Fiza Elite Pagi Tadi!


Adam AF2 Selamat Bernikah Dengan Fiza Elite Pagi Tadi!

Dengan sekali lafaz, penyanyi, Adam atau Mohd Aizam Md Saman, 30, sah memperisterikan pelakon, Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim 32, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapa pengantin perempuan, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Shah Alam.

Adam yang juga Bintang Akademi Fantasia 2 (AF 2), kemudian menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 serta hantaran berupa sepersalinan lengkap barangan solat. Majlis turut dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga dan rakan terdekat mempelai serta rakan media.

Adam dan Fiza mula berkenalan rapat sejak pertengahan Julai lalu. Kemudian Fiza dilamar oleh Adam dalam pertemuan kedua mereka. Fiza merupakan ibu tunggal kepada kepada 2 cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq berusia 2 tahun.

Pasangan bakal diraikan dalam majlis persandingan menyambut tetamu oleh pihak lelaki di Sabah pada pertengahan bulan depan.

SUMBER MYLAUNCHPAD

14 comments:

  1. alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada mereka, semoga berbahagia sehingga ke jannah...

    ReplyDelete
  2. Tahniah... semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke Jannah.

    ReplyDelete
  3. oh Adammm!!!!
    Fanatik giler dulu nory minat ngan dia..
    dah kawen dah akhirnya..
    semoga berbahgia..
    sama cantik sama padan gitu...

    ReplyDelete
  4. tahniah buat mereka... kalo dah jodoh x ke mana kan.. ;)

    ReplyDelete
  5. cantikkn fiza.. tahniah.. mcm ni lew..
    diam2 kenal taw2 umum nikh je :)
    bagus

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah
    comel sgt diorg
    moga bahagia hgg akhir hayat

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat mereka...semoga kekal bahagia.

    ReplyDelete
  8. nampak dah lain la adam sekarang :D

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat dia orang ni. siapa tahu kan jodoh Allah tentukan.

    ReplyDelete
  10. tahniah buat mereka.. respect adam :)

    ReplyDelete
  11. Congrats to them.. helok je tak ada kontroversi tau2 je nikah.. =)

    ReplyDelete
  12. tahniah untuk mereka berdua..semoga bahagiah berkekalan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah