Thursday, August 28, 2014

10 Syarat Hamas Hentikan Peperangan....

Gencatan senjata dah bermula kan? Tapi adakah selamanya? Apakah ini helah Israel sebab kehabisan peluru...maybe tgh order dari US...keep on berdoa untuk saudara2 kita peeps...

Jom tengok syarat2 Hamas untuk hentikan peperangan...

1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.

2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).

3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.

4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.

5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.

6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.

7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.

8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.

10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.





Semoga Allah melindungi semuanya....

Amin...

11 comments:

  1. semoga Allah melindungi rakyat di Gaza...peperangan ni memang ada udang di sebalik batu sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...berkat doa2 umat islam

    ReplyDelete
  3. semoga keamanan buat mereka adalah selamanya...aamiin

    ReplyDelete
  4. pertolongan Allah sentiasa bersama dgn hambanya yg berada dlm kesusahan..freedom Palestine..

    ReplyDelete
  5. Smg bumi palestin terus aman..insyaallah. amin.

    ReplyDelete
  6. al fatihah untuk mangsa2 gaza..n umat islam yang lain..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah