Wednesday, August 20, 2014

Panty Liner Perfect Comfort & Lactacyd Feminine Hygine..

Entry ni khas buat anda yang bergelar wanita.....hey...tahukah anda penjagaan miss V anda adalah sangat2 penting...Sebenarnya ramai wanita di luar sana tidak tahu fungsi sebenar pantyliner dan pembersih wanita. Jujur aku tak pernah guna kedua-duanya satu masa dahulu (tak ada masalah bahagian sulit). Masa tengah-tengah lepak dengan member dalam surau sementara menunggu azan zohor, kitaorang bersembang pasal keperluan pantyliner dan pembersih wanita.

Sebab2 Perlu Memakai Panty Liner 
  • Peluh dan lembapan selepas kita buang air boleh menyebabkan pembiakan bakteria pada seluar dalam. Bakteria kan sangat aktif di tempat lembap. Ia akan menyebabkan masalah lain akan timbul contohnya kegatalan. Dan kadangkala ianya bersifat kronik.
  • Lelehan seperti peluh boleh mendatangkan bau yang tidak menyenangkan dan mengakibatkan wanita  dan orang di sekelilingnya berada di dalam keadaan tidak selesa.
  • Memakai seluar dalam yang bukan dari jenis cotton (tidak menyerap air dengan pantas)


pilihan aku selepas Libresse...amenda ntah kat Guardian xde stok Libresse

Seterusnya untuk penjagaan wanita aku sukakan Lactacyd...

The Lactacyd 'Love Your V' adalah satu kempen untuk mendidik dan menggalakkan wanita tentang menjaga kawasan intim mereka secara proaktif, termasuk mengambil berat dan mencintai V mereka sebagai sebahagian daripada kehidupan, kecantikan harian penjagaan mereka. 

Walaupun kebanyakan wanita mengetahui penjagaan kebersihan feminin, kepentingan penggunaan proaktif sering diabaikan. Wanita mencuci bukan sahaja membantu dalam pencegahan jangkitan, tetapi ia adalah satu bahagian penting dalam memelihara kecantikan seseorang. Lactacyd percaya bahawa setiap inci tubuh wanita memerlukan penjagaan yang terbaik untuk menjadi adil dan sempurna, terutama di kawasan intim.

The 'Love Your V' adalah kempen termasuk menyusun semula laman web Lactacyd termasuk platform pendidikan 'Time to know Your V' iaitu video pendek dan menghiburkan V-ebisodes (video web) bertujuan untuk membongkar mitos yang biasa dan salah faham tentang kebersihan wanita.. 

Ia juga menyediakan dan menyalurkan untuk para wanita yang inigin bertanya soalan mengenai kebersihan dan topik penjagaan wanita dalam 'Ask the Specialist' section. The 'Lactacyd VIP Club' membolehkan wanita untuk mendapatkan sampel Lactacyd secara percuma sebagai langkah pertama mereka untuk melengkapkan diri tentang kecantikan harian mereka dan juga dimaklumkan mengenai aktiviti Lactacyd dan promosi.

So...pilihan di tangan anda...macam2 produk penjagaan kawasan intim wanita kan....yang penting kita jaga kebersihan diri kita...bukan muka dan badan sahaja...tetapi Miss V juga.....

SHARING IS CARING

Khidmat masyarakat Penjagaan Kawasan Intim Wanita di bawa oleh Suriaamanda


7 comments:

  1. Tq for sharing..
    Lya pom guna lactacyd jgk.. pantyliner gna libresse

    ReplyDelete
  2. Lactacyd mmg jenama terunggul kot...sejak zaman sekolah menengah lg pakai..
    penting kan utk menjaga alat sulit wanita lagi2 la kita wanita ni dgn keputihan, darah period, nifas dll lagi

    Good info.

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing kak SA, masa zaman sy dulu, mak tak pernah nak cerita pasal kisah Miss V ni, now bila dah ada ank perempuan saya akan ambil tahu dan terangkan cara yang betul; pada anak saya nanti, maybe in 10 years kut, sbb skg ni msih omak cebokkan..huhuuh

    ReplyDelete
  4. miss v kne jaga bebetul.n kne cri panty liners yg bsesuaian

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah