Wednesday, September 30, 2015

Sajak ini Berjaya Buat Aku Menangis....

BILA AKU TUA


♡Anakku...

Bila aku tua...
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan...Aku berharap kamu tidak menjerit marah aku....Kerana tenaga orang yang tua semakin tidak kuat dan kerana sakit....Mata semakin kabur... Kamu harus mengerti dan sabar dengan aku...

♡Anakku...

Bila aku tua...
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan....Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,  "mak pekak ke?, mak bisu ke? "atau kata tak dengar ker??...Aku minta maaf anakku...Aku semakin MENUA...

♡Anakku...

Bila aku tua....
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang...Aku berharap kamu tetap sabar  mendengar dan melayan aku... kerana semua itu adalah sebahagian dari process MENUA....Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua....

♡Anakku...

Bila aku tua....
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor....Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku....Dan tidak menjerit suruh aku mandi...Badan aku lemah...Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri..Mandikan aku sepertimana aku mandikan kamu semasa kecil...

đź’–Anakku...

Bila aku tua....sekira aku sakit...temanlah aku,aku ingin anak berada bersamaku...

♡Anakku....

Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba...Aku berharap kamu akan memegang tangan aku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian..Jangan cemas...jangan menangis...hadapi dengan redha...Aku berjanji pada kamu...bila aku bertemu Tuhan... aku akan berbisik pada-Nya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai aku....Terima kasih banyak kerana mencintai aku

Terima kasih banyak kerana telah menjaga aku....Aku mencintai kamu dengan banyak cinta....

Anakku....

Bila aku telah tiada...titipkan DOA buatku...seperti yang selalu aku titipkan buat kamu dalam solatku...sirami pusara ku dengan selalu..agar aku merasa kasih sayangmu mengalir...jangan lupa mengunjungi aku..kunjungi aku bersama suami juga cucu- cucuku....


Suriaamanda:

Sajak diatas berjaya buat aku bengkak mata malam tadi...aku dedikasikan pada anak2 sekarang yang tidak menghormati ibu..ketika INI ibumu masih ada wahai anak-anak...kamu akan rasa kesal bila mereka telah tiada....

Renung-Renungkanlah....


7 comments:

  1. Moga ibu kita semua sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian hendakNYA..

    ReplyDelete
  2. allahuakbar, terasa banyak buat dosa dgn ibu :'(
    sebak yang second last :"(
    kalau boleh biar la sy 'pergi' dulu :(

    ReplyDelete
  3. Salam, yup2 pernah baca di FB...sedih sbb terbayang ibu kita yg cakap kat kita mcm ni..wuwu syg ibu!

    ReplyDelete
  4. Sedihnya kak. Besar pengorbanan ibu dan bapa pada kita adik beradik tp knp masih ada yg sanggup pinggirkan mereka yg byk berjasa ni. Mereka lupa apa yg mereka lakukan pada ibu bapa skrg ni, anak2 sedang memerhati. Nnti tak mustahil anak2 pula akan buat benda yg sama pada mereka. Semoga kita di jauhkan dr golongan anak yg derhaka.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah