Wednesday, July 22, 2015

Rahsia Wajah Kelihatan Cantik Dan Segar

Kesalahan Solekan Buat Wajah Kusam

Musim -musim raya dan rumah terbuka ni semua wanita ingin tampil cantik menawan kan. Takkan la nak pergi beraya dengan muka yang pucat lesi dan kusam tanpa sebarang solekan. Oles la sedikit wajah tu biar nampak segar dan bermaya. Tak kisah la anak dara ke, Isteri orang atau ibu yang beranak ramai pun boleh je mekap sikit-sikit untuk nampak segar kan.Tak semestinya masa perayaan jer kena mekap tapi masa-masa lain pun perlu.Jangan sesekali cakp ala..anak dah ramai buat apa nak mekap atau ada yang cakap takde masa. Kecantikkan itu perlu ye supaya suami korang x berpaling tadah...opps...haaa semua tu nak kena jaga kan..

Ok aku nak kogsi sedikit tip-tips melalui pembacaan artikel yang sempat aku baca semalam..kredit untuk Utusan Malaysia.


Gambar sekadar hiasan dari google

Terdapat banyak kesalahan ketika mengenakan solekan. Salah satu penyebab yang menjadi rutin adalah kesalahan diri sendiri yang biasa dilakukan.

Antara kesilapan tersebut adalah 

  1. Tidak Memakai Pelembab - Kulit kering akan membuatkan wajah kelihatan tidak segar. Cara memperbaikinya adalah dengan memilih pelembab yang mengandungi SPF. Bukan hanya untuk melembabkan kulit bahkan dapat melindungi kulit daripada bahaya sinar matahari serta membantu melambatkan penuaan.
  2. Tersalah Memakai Bedak Asas - Yang dimaksudkan salah di sini adalah anda memakai bedak asas terlalu tebal atau tidak langsung memakai bedak asas sama sekali. Boleh juga terjadi anda tersalah memilih warna bedak asas. Tidak memakai bedak asas dan hanya menggunakan celak mata dan maskara akan membuatkan kulit tidak segar dan kusam. Terlalu banyak penggunaanya juga akan membuatkan ianya pecah pada wajah dan tidak sekata serta menimbulkan garis-garis atau kerutan.
  3. Tidak Memakai Pemerah Pipi - Warna wajah yang pucat akan membuatkan wajah tidak berseri. Jika ingin tampil dengan mekap semulajadi anda boleh memakai pelembab dan menambahkan sedikit bedak asas, maskara serta pemerah pipi agar wajah tampak segar dan tidak pucat.
  4. Penggaris Mata Berlebihan - Penggaris mata yang berlebihan akan membuatkan mata anda kelihatan kecil. Anda boleh mencuba memberikan garis nipis pada garis bawah mata dengan penggaris berwarna terang seperti warna putih agar mata kelihatan lebih besar
  5. Mekap Lama atau luput tarikhnya - alat mekap yang sudah lama dan tidak berbekas di wajah akan membuatkan kulit wajah anda kusam dan nampak semakin teruk. Elakkan dari memakai mekap yang telah lama atau dalam ertikata telah pun luput tarikhnya.

 
gambar dari google

Antara tips-tips berguna dan boleh mendatangkan manfaat kepada anda, jom ubah penampilan untuk tambah segar dan yakin.Takkan kita nak kena kutuk dengan kawan-kawan sebab nampak kusam dan tua dari usia kan?

tips solekan dibawakan oleh Suriaamanda untuk perkongsian bersama readers.

Selamat mencuba.

16 comments:

  1. Nice entry. Thanks for sharing. Hehe. Kulit sy pulak kering, tapi pemalas sungguh nk pakai pelembab. Mekap pun asal boleh je. Haha
    Btw, Jemput join my segmen -- http://bajuwarnacoklat.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-lepas-raya.html

    ReplyDelete
  2. ada tips tuk lelaki tak hhihihh

    http://variousfastsolution.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Sally tak pakai pelembap sebab muka berminyak...takpe ke eh...err...dan sebab tak mekap..hahaha

    ReplyDelete
  4. Nice tips akak..thanks 4 sharing... =D

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian... lepas ni kena berhati2

    ReplyDelete
  6. Nice entry.. tapi ai tak make up sebab tak minat.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Good tips..
    salam ziarah dari saya
    jemput singgah ke blog saya

    ReplyDelete
  8. Cantiknya pic mata yg disolek tu...very good sharing!

    ReplyDelete
  9. Raya makeup simple je..tapi tetap segar

    ReplyDelete
  10. Fida tak pakai makeup pun kak just calit lipstik..tapi nak bagi muka ni tak kering..malam sebelum tidur..mesti pakai pelembap...

    ReplyDelete
  11. raya kena makeup simple je sebab takut kena panas je habis muka..heheh

    ReplyDelete
  12. Thanks for the tips..raya biasa simple je :)

    ReplyDelete
  13. make up nona, just krim lembab n bedak, eyeliner pkai bile rjin or free,,, x kire raya ke takkk.. smaa je...
    dah terrbiasa kot~

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah