Wednesday, July 22, 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015 Suriaamanda- Raya Pertama

Beraya Serba Sederhana Eratkan Silaturrahim

Hai korang...tak sabar sebenarnya nak up citer Raya..so aku skip dulu gambar hidangan petang raya aku ye..gambar raya tahun ni takde la banyak mana..ada yang korang dah tengok di Instagram dan Facebook so aku combinedkan semua dan share di sini plak..nak upload satu2 macam banyak sangat..muak plak korang tgok kang...

Inilah keluarga kecik aku...tahun ni kekurangan 1 family. Adik aku Ateh beraya di kampung mertua di Simpang Pulai. So kami yang tinggal adalah Aku, Angah, Lisa dan si bongsu yang bakal mendirikan rumah tangga 30hb August akan datang.semuanya serba sederhana, Aku ngan Dania sedondon begitu jugak family adik2 yang lain termasuk Mak Abah


Persalinan warna Kelabu pilihan kami berdua tahun ni...baju ni ditempah dengan adik sepupu kat kampung Abah. Suka dengan hasil sentuhan jari jemari ajaib dia..agak pricey sebab semua aku serahkan pada dia bulat2 dari kain hinggalah sequin tu untuk dia design dan jahitkan..hasilnya superb..cuma tak banyak gambar la..tak tahu kenapa aku x berapa gemar bergambar plak tahun ni...apekah?


Buah hati dan wajah kesayangan aku mak Abah tampil sedondon


Anak dara aku tahun ni all out la...dah besar ni dah pandai nak bergaya...susut skit berat badan dia sebab puasa kot..dan ye la..dah anak dara, dah pandai nak melawa..semua nak macam mama..dari hujung rambut sampai hujung kaki cuma rambut je pendek...kalau korang nak tau kami ni share size yang sama, kasut size 5, Baju aku dia leh pakai dan baju dia aku pun leh pakai..haaa..bertuah kan...we can share everything now. Cepat benau besarnya kamu ni kakak..macam tak puas plak mama besarkan kamu.

So..itulah dia gambar Raya 2015 aku...#inikanraya. Lepas bersalam-salaman dan bergambar sakan pagi raya kami bertolak ke kampung abah dan seterusnya balik ke Serting menziarahi Mak Long iaitu kakak mak..kat situ pun aku x bergambar. Selalunya aku rajin je nak share macam2 kan...cuma sempat snap gambar pemandangan sawah padi..adalah 2 keping. Nanti la aku share.

Macamana Raya korang?

19 comments:

  1. cantik berseri2 aih..mcm kakak ngn adik jer tengok.. maintain jer akak.. btw Selamat Hari Raya yer...=D

    ReplyDelete
  2. hehehe.. nampak nau Dania kecik dari dak Kakak.. hehehe.. dak Kakak pulak dah boleh pakai baju ai.. see. nampak tak besau mana anak ai..

    ReplyDelete
  3. cik nor xsempat bergambar..huhu

    ReplyDelete
  4. Cantiknyaaaa.. macam kakak dengan adik jeee.. besar dah anak akk...

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya kak..... walaupun baju raya nampak simple tapi tetap cantik.. :)

    ReplyDelete
  6. Sweetnya suria dgn anak dara...hehehe
    Selamat hari raya sis

    ReplyDelete
  7. comel mak ngan anak..
    selamat hari raya!

    ReplyDelete
  8. Cantiknya anak dara u. Kena kawai elok elok ni SA ;-)

    ReplyDelete
  9. Lain nyer ur anak dara, walhal baru few weeks kot I sunyi dari blog. Soooooo beautiful.

    ReplyDelete
  10. besar dah anak dara....meriah bila family berkumpul

    ReplyDelete
  11. sedondon mak & ank ...bila dh besar ank pn suka melaram

    ReplyDelete
  12. anak dara dah macam adik jer..Fiad ada gambar raya banyak tapi tak sempat update dlm blog lagi..1 by 1..keje pun banyak

    ReplyDelete
  13. cantiknya gambar dua beradik tu..eh!dua beranak la..hahahha..dah macam dengan adik tau..boleh frame tu..:)

    ReplyDelete
  14. Salam Aidilfitri...

    Anak dengan mak sama cute :)

    ReplyDelete
  15. meriah raya dengan baju raya..semuanya happy :)

    ReplyDelete
  16. Selamat hari raya aidilfitri juga....

    ReplyDelete
  17. Selamat Hari Rayaaa..even dah ke berapa rayaaa, ahhaha~
    tahun ni berdua ye..next year..ahli fmily bertambah kannnnn

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah