Tuesday, August 4, 2015

Sedap Ke Buah Salak?

BUAH SALAK buah tropika yang ditanam di Indonesia dan Malaysia 

BUAH salak boleh dikategorikan sebagai tanaman eksotik yang semakin popular ditanam terutama di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Permintaan terhadap buah salak yang semakin meningkat memberikan peluang kepada petani untuk menambahkan pendapatan.

Bagaimanapun pada masa ini, perkembangan industri salak agak terbantut ekoran kekurangan bekalan bahan tanaman bermutu.
Kaedah tanaman salak masa kini masih menggunakan biji benih tetapi kaedah ini menghasilkan kadar pokok berkualiti yang rendah dan tidak seragam

Minggu lepas juga aku sempat merasa sebiji dua buah salak madu yang Pak Lang beli di Pasar Tani...rasanya kelat2 manis dan ada rasa madu skit...tp kalau korang tanya aku...memang bukan buah yang aku akan teruja nak makan la...just mencuba je masa tu memandangkan buah salak ni bukan boleh di beli atau bukan dijual setiap hari..ianya bergantung kepada musim dan tidak terdapat ni area NS, ianya banyak di tanam di utara dan timur tanah air kita..kalau tak salah aku la...kat bawah entry ni aku ada letakkan sedikit info tentang buah salak yang sempat aku google


Buah salak beri pulangan lumayan


Kalau ada pun mereka yang pernah melihat buahnya, mungkin ada yang tidak terlintas untuk mencubanya lebih-lebih lagi bila melihat kulit buah salak yang bersisik dan kelihatan seperti kulit ular.Walau apapun pendapat mereka, hakikatnya buah salak yang terbahagi kepada beberapa jenis itu mempunyai rasa yang sungguh enak.Kalau sudah sekali mencuba, tidak mustahil anda mahu terus mencubanya berkali-kali.Antara jenis buah salak yang terkenal ialah buah salak madu dan salak gula.
Rasanya manis dan kadangkala terasa sedikit kelat. Tetapi keenakannya boleh dianggap setanding dengan buah-buahan tempatan lain.

Sebenarnya, penanaman salak di negara ini masih belum meluas. Kebanyakan buah salak yang dijual di Malaysia dibawa dari Indonesia yang cukup terkenal dengan pengeluaran buah salak.
Sesiapa sahaja yang gemar makan buah salak tidak akan ketinggalan membelinya sebagai buah tangan apabila berkunjung ke Indonesia.
Buah salak dari Indonesia dikatakan lebih besar berbanding dengan buah salak di negara ini.
Setakat ini, pokok salak di Malaysia banyak ditemui di Sabah dan Sarawak, manakala di Semenanjung penanamannya masih di peringkat percubaan.

Sumber Google

15 comments:

  1. belum pernah merasa lagi makan buah salak ni...kalau dapat...nak juga cuba sedap ke tak...hehe

    ReplyDelete
  2. Sedap buah ni..mula makan mase study..sebb kawn bawk..sekali rasa pastu nak lagi..hahah

    ReplyDelete
  3. saya suka buah salak..dlu2 buah ni ada kt indonesia je tp skarang kt msia dh ada...suka sangat jeruk salak

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa buah salak. buat jeruk ni pehhh :D

    ReplyDelete
  5. kulit kerasss, huhu... jarang2 makan buah nii, sbb x tau bile musimm, kt tmpt sy, x byk sgt salak nii

    ReplyDelete
  6. kita suka sangat.. selalu dapat time foreign worker balik bercuti kat indon jelah,, sana rangup2 sikit..

    ReplyDelete
  7. Aida pernah rasa.
    Member opis bw dari kg :-)
    Kelat kelat skit rasanya...

    ReplyDelete
  8. Salam, owh baru sy tahu buah ni glamour di Indonesia..sy mmg xpenah makan buah ni, rasa mcm xnak makan..kulit dia menakutkan mcm encik tenggiling..haha mgkin lepas ni sy akan try..hehe

    ReplyDelete
  9. Suka buah salak..sedap! rangup² makan

    ReplyDelete
  10. dulu selalu jugak makan..tapi sekarang tak rasa nak beli pulak..selalu kat pasar malam banyak jual..kalau ke pasar malam suka beli masa saya mengandung anak no 2 ni dulu..lepas beranak tak pernah makan dah..tak teringin kot..jemu pun ye..hahahah

    ReplyDelete
  11. Kalau buah salak ni memang selalu Diana makan klu tiba musimnya....rasa dia masam2 manis dan kalau belum terlalu masak rasa dia ada kelat sikit dan masa...

    ReplyDelete
  12. pernah makan, rasa kelat2 sikit..

    ReplyDelete
  13. ai suka jeruk salak.. dapnye..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah