Thursday, August 13, 2015

Kad Blogger Sepanjang 2 Tahun Blogging

Kad Nama Kenalan Blogger

Kad nama atau business card amat penting untuk blogger. Dulu masa mula2 blogging dan tak serius dalam blogging aku buat tak tau jer. Tapi bila dah banyak bergaul dan dah mula pergi event sana sini baru aku notis kad nama ni penting untuk semua blogger. Kenapa aku kata penting? Kerana melalui kad nama ni la kita perlu luaskan networking kita...selain bertukar-tukar dengan blogger kita juga boleh berikan kepada event organizer atau PR Event untuk mereka hubungi kelak.

Blogging Bukan Kerja Sia -Sia

Blogging kalau kena pada gayanya ianya bukan satu usaha yang sia-sia. Dari blogging kita boleh menjana pendapatan. Dari blogging kita boleh berniaga dan dari blogging juga kita boleh berikan bermacam- macam perkhidmatan yang mampu menjana pendapatan. Tak mustahil ada yang menjadikan dunia blogging sebagai punca pendapatan tetap. Sebab tu ada yang mampu jadi fulltime blogger dan tinggalkan kerjaya mereka.


Banyaknya kad nama..Nak Buat Apa?

Kad- kad nama ni ada banyak gunanya. Semua kad nama yang aku dapat ni ada pelbagai niche blog dan ada yang menjalankan macam-macam perniagaan, Ada yang lebih kepada travel, Food Blogger, parenting blogger dan banyak lagi. Mana tau satu hari nanti aku perlukan perkhidmatan mereka. Photographer ke kan..atau boleh jugak rekomen pada kawan-kawan atau event organizer yang perukan khidmat mereka.

Lepas ni nak beli business card holder la..nak masukkan semua kad-kad nama ni dalam tu supaya senang nak rujuk nanti..takkan nak biarkan bersepah kan sebab semua-semua ni adalah networking yang sangat-sangat penting dalam dunia blogging aku.

Aku Nak Serius Blogging ke?

Kenapa tidak? kalau aku boleh menjana pendapatan sampingan kan? Aku pun boleh luaskan pengetahuan dalam macam- macam lapangan kan?Aku boleh kenal atau tau tempat-tempat menarik dalam dan luar negeri kan?
Semua tu tak mustahil kalau aku rajin berusaha..betul tak?Walau aku ada pekerjaan tetap dan turut melaksanakan tanggungjawab sebagai blogger. Semua ni aku buat untuk kepuasan diri. Aku belum rasa nak berhenti blogging sebab aku masih belum capai kepuasan yang aku cari.

Semoga kita semua terus succes dalam segala yang kita ceburi..selagi ada kemahuan insyaallah pasti ada jalan..kan?

19 comments:

  1. bestnyeee, tulislah pasal kad2 tuh semuaaaaa, hehee, boleh take note, lalalalalal~

    jemput ke ig nona: @senyum2

    ReplyDelete
  2. cik nor baru ada 2 3 keping..:)

    ReplyDelete
  3. Kak.. kita nyer kad tak tukar lagi.. hehhehe...

    ReplyDelete
  4. bagusnya..sy dr 2009 berblog.smpi tukar blog baru 2011 smpi harini..1 kad pun xde.huhuh

    ReplyDelete
  5. banyakknya nye kak.. nanti kita tukar kad ea.. ^_^

    ReplyDelete
  6. Sally tak nampak kaddd sally! huwaaaa...akak tak sayang sally dah....sobs!

    :P

    ReplyDelete
  7. Byknya da akak kumpul..btl tu memg brguna kot2 da yg memerlukn kan

    ReplyDelete
  8. hehehe.. utk ai.. ai dah dapat 2 dari u.. SA. ;)

    ReplyDelete
  9. Hi terima kasih dah follow awak juga

    ReplyDelete
  10. wah..banyaknya kad!! kak Long dah makin glamour sekarang. best!! keep on going!!

    ReplyDelete
  11. Betul tu, kalau serius dan komited blog memang boleh buat duit..

    ReplyDelete
  12. banyaknya kad..saya pon nak buat business card lah ^_^*

    ReplyDelete
  13. banyak tu..memang perlu ada biz card holder..kad fiza xde ye kak :p

    ReplyDelete
  14. Banyak juga kad bisnes yang terkumpul.

    ReplyDelete
  15. Kad blogger/biz kad Sgt penting bg wana..dpt luaskan biz mcm wana ni..

    ReplyDelete
  16. saya yang tak de pi mana2 event blogger pun selalu dapat name card blogger..kadang2 diaorang bagi dengan hadiah ke,hehhe..kena beli card holder juga la kot

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah