Monday, August 10, 2015

Resepi Masak Ayam Lemak Cili Api NS

Ayam Masak Lemak Cili Api

Ramai jer yang tau masak lemak cili api NS ni...dan ada gak yang dah cuba tapi tak menjadi....meh la sekali lagi aku tepek resepi ni... 


Bahan - Bahan

  1. Kunyit Hidup ( ikut berapa banyak ayam yang nak dimasak - seekeor ayam guna 2 inci )
  2. Cili Api 20 biji ( ikut tahap pedas yang diingini)
  3. Serai 4 tangkai ( di titik)
  4. Kentang 2 biji ( di belah 4)
  5. Ayam seekor ( kurangkan jumlah jika x banyak nak masak)
  6. Santan dari Sebiji kelapa ( setengah biji kalau kurangkan ayam)
Cara2 masak

  1. tumbuk cili api dengan kunyit hidup sampai agak2 halus ( nak cepat hancur letak sedikit garam kasar)
  2. masukkan ayam dalam kuali / periuk, masukkan sekali bahan yang ditunbuk tadi serta serai dan kentang
  3. biarkan di atas api sehingga air dari ayam agak kering ( sangai)
  4. kemudian masukkan santan dan di kacau selalu agar tidak bertahi minyak
  5. biarkan menggelegak sampai ayam dan kentang betul2 masak
  6. perasakan garam
  7. sedia di hidang
separuh orang guna bawang la,lengkuas or bawang putih. version aku simple je...macam tu je...bahan2 pun senang nak dapat kan...so kepada korang yang nak mencuba masih tak boleh nak adapt macam mana...klik link tutorial kat bawah tu...masak lemak cili api ni leh guna bahan2 lain jugak seperti ikan, udang dan daging.

Selamat mencuba...





23 comments:

  1. uihh, memang meleleh air liur den, sodap tuuhhh, menjilatttt jariiii, podeh nye kannn~

    ReplyDelete
  2. Ooo..N9 style tak guna bawang ye ..

    ReplyDelete
  3. saya guna lengkuas kalau masak lemak cili padi ni.. ikut resepi mak

    ReplyDelete
  4. fav anak kite ni tapi versi tak de cili api ..letak cili hijau besar je

    ReplyDelete
  5. masakan paling favourite ni..takyah lauk lain dah..sebab dah ada kentang sekali tu kira sayur :)

    ReplyDelete
  6. tgk gmbr pun cukup la...hehe

    ReplyDelete
  7. sedap ni SA 20 biji cilipadi mengancam tu pedasss akak likeeee

    ReplyDelete
  8. Tak pernah try lagi version negori ni...tq for sharing..nnti boleh try!

    ReplyDelete
  9. Sonang jo haaaa kalau tak buek sajo hahahhaha

    ReplyDelete
  10. mmg terangkat masak lomak nogori ni, berpeluh2 makan

    ReplyDelete
  11. laparrrr...alahai sedapnya kalau ada org tolong masakkan untuk SB..

    ReplyDelete
  12. saja je tau...dahlah orang pose rini....sedapnya...

    ReplyDelete
  13. kalau ikut resepi tradisi nismilan, kunyit & cili padi aje.
    lain negeri, lain cara :)
    aida? maintain resepi tradisi :)

    ReplyDelete
  14. ouhhh! tak pakai bawang...lg melampau punya senang ni...hahaha...kalau buat utk resepi daging salai boleh ke kak?

    ReplyDelete
  15. kalau MIL pilah masak ada tumis² pulak. kalau mak johor masak macam cara akak ni..hehe..dah terbalik pulak.

    ReplyDelete
  16. ni kalau guna ayam kampung pun best jugak kan SA,,

    ReplyDelete
  17. Laju2 ai terus ke ruangan komen.. tak sanggup nak tengok.. sebab ayam masak lomak cili api tu is my feveret.. dapnye..

    ReplyDelete
  18. alamak buat wana terliur la tengok..huhu..lepas hujan ni buat perut cepat ja lapar..alahai..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah