Tuesday, July 15, 2014

Orchid Idaman Hati...

Sukanya aku kat orchid tau....entah bila la merasa nak ada pokok orchid sendiri...korang suka orchid x?
ni kat bawah ni semua gambar pokok Orchid adik Ipar aku...banyak dah dia tanam...actually x susah pun penjagaan pokok orchid kan...

antara anak2 pokok orchid yang telah di alih ke pasu..
ini dah berbunga dah
ni ada lagi...
yang ini sangat cantik....



Perkara paling penting adalah pengetahuan berkenaan keperluan hidup tanaman hiasan itu. 
Sudah tentu ia memerlukan persekitaran yang sesuai dan perlu disiram atau dibaja secukupnya.
Apabila rutin penjagaan dikekalkan dan kaedah penyeleng­garaan yang betul dilakukan, orkid di kediaman anda pasti sentiasa hidup subur.


Media penanaman orkid 

Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya. 

Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan: 


1)Pecahan batu bata 

Antara media yang popular dan mudah diperoleh. 

Biasanya digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. 

Ia dicampur bersama dengan pecahan arang. 


Teknik menggunakan: 

Sebelum digunakan batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat semalaman. 

Selepas itu angkat dan keringkan. 

Pecah batu bata kepada saiz besar, sederhana dan kecil mengikut kesesuaian pasu. 

Letak pecahan besar di bahagian paling bawah dalam pasu, diikuti dengan bersaiz sederhana dan kecil. 

Tanam orkid di atas permukaan pasu. 

Elak menimbus pangkal orkid anda. 

Bagi menegak orkid yang tinggi gunakan kayu pancang sebagai sokongan. 


2)Pecahan arang 

Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Boleh digabungkan dengan media batu bata 


Teknik menggunakan: 

Rendam arang semalaman untuk membuang garam kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut. 

Basahkan arang menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang. 

Ikut teknik seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya. 


3)Serbuk kayu 

Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan dalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat. 


Teknik menggunakan: 

Ia boleh digabungkan de­ngan media pecahan batu bata, arang dan tanah pasuan. 

Rendam serbuk kayu yang ingin digunakan di dalam racun kulat semalaman. 

Angkat dan keringkan. 

Masukkan habuk kayu ke dalam bekas tanaman. 

Letakkan orkid di atas media. 

Jika menanam orkid yang hidup di atas tanah, campurkan bersama dengan media pasuan untuk membekalkan bahan organik di dalam tanah apabila ia mereput. 


4)Sphagnum moss 

Antara media popular dijadikan sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. 

Ia mampu menyimpan kelembapan dalam jangka masa lama. 

Ada juga yang menggunakan seratus peratus sphagnum moss yang diletakkan 
di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis. 

Ia bagi mengekalkan kelembapan dalam jangka masa lama kerana orkid jenis itu tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air. 


Teknik menggunakan: 

Rendam sphagnum moss di dalam larutan racun kulat semalaman. 

Angkat dan biarkan hingga ia didapati lembap. 

Isikan ke dalam pasu atau tampal kepada tunggul kayu. 


5)Potongan batang paku pakis gajah. 

Media ini boleh menyimpan air dengan jangka masa lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau. 

Ia amat sesuai untuk tanaman gantung. 


Teknik menggunakan: 

Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian orkid yang hendak di tanam. 

Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan orkid anda. 


6)Tunggul kayu 

Sesuai untuk tanaman orkid secara gantung. 

Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah. 

Mudah diperoleh di dalam hutan, di ladang sawit atau di tepi sungai. 

Teknik menggunakan sama seperti menggunakan poto­ngan batang paku pakis gajah. 

Boleh diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman. 


7)Potongan dahan tembusu 

Sesuai untuk menanam orkid daripada famili bulbophyllum dan phalaenopsis. 

Orkid lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media itu. 

Ia mempunyai kulit tebal yang mampu menyimpan air lebih lama. 


8)Tanah campuran 

Orkid yang hidup di tanah memerlukan media itu. 

Biasanya membabitkan campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar 1:1:1. 

Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid. 


9)Tiada media 

Bermaksud orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarang media. 

Teknik itu sesuai untuk orkid jenis vanda dan memerlukan kadar penyiraman lebih.


Aku bukan x boleh nak tanam orchid kat rumah...just belum ada tempat yang sesuai...kalau boleh nak la ada rumah orchid kat depan rumah tu kan...erm...tp kalau style mcm adik ipar aku tu pun ok kot...aku suka orchid hutan..tp mana nak cari kan...dalam keadaan dah moden sekarang ni bukan senang nak cari...tp kan kat kampung aku ada je ternampak orchid2 liar atas pokok..tp sapa plak yang nak tolong ambik...ye x?

Nampaknya kena fikir kaedah lain la ni kan...

10 comments:

  1. Yang minat ber-orkid2 ni Mama kak...

    ReplyDelete
  2. Arwah bapak n mak memang suka orkid.. Kat rumah memang banyak.. Sekarang ni tinggal sikit ja sbb mak tak larat nak jaga banyak sgt.. Mungkin tuan dia dah meninggal dia pun dah tak nak hidup.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Wahh orkid la pulak ..Lya pon suka jugak ngan Orkid ni SA.. Kat umah ada dua tiga jenis la jugak ..

    ReplyDelete
  4. Orkid ni kalau rajin jaga mmg cantik mmg comel la SA..Yang tak terjaga tu yang buat jadi tak berapa nak comel

    ReplyDelete
  5. Mak Fiza suka tanam orkid..dah banyak jugak mak tanam ka kampung tu..dah macam kebun bunga jadinya

    ReplyDelete
  6. Mak saya suke orkid. dekat rumah di pahang tu orkid dah melingkar dekat gazebo.

    ReplyDelete
  7. mama ema suka orkid..dulu banyak..sekarang dah tak ada...

    ReplyDelete
  8. BUNGA... ORKID LAH
    BUNGA... ORKID LAH
    hahahaha ingat tak iklan tu??

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah