Monday, June 16, 2014

KECERIAAN KUIH RAYA BERANEKA WARNA SEMPENA KEMPEN SECERIA AIR TANGAN IBU BERSAMA PLANTA

Planta, jenama marjerin Malaysia yang dipercayai sejak turun temurun telah melancarkan kempen Seceria Air Tangan Ibu sempena Hari Raya sebagai pencetus inspirasi buat golongan ibu untuk berkongsi ‘air tangan’  mereka serta menghasilkan biskut dan kek enak yang berwarna-warni. Sentuhan air tangan ibu membawa suasana Raya yang meriah untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak.


Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever Malaysia dan Singapura berkata, “Planta sudah lama menjadi kegemaran kaum ibu dan anak-anaknya. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kaum ibu hari ini untuk meneruskan tradisi dan berkongsi air tangan mereka melalui pembuatan biskut yang ceria dan berwarna-warni. Anak-anak pasti menggemarinya. Lagipun, tiada apa yang dapat menandingi kualiti masakan air tangan ibu yang dibuat dengan penuh kasih sayang.” 


Resepi-resepi Planta yang diperkenalkan melalui kempen Seceria Air Tangan Ibu akan dibawa secara langsung menerusi segmen Wanita Hari Ini di TV3. Rancangan ini akan bermula pada 11 Jun dan bersiaran selama tujuh minggu dihoskan oleh selebriti dan pelakon, Sharifah Shahirah. Beliau akan mengetengahkan resepi biskut moden yang mudah dibuat, menarik dan lazat yang dicipta oleh Planta. Sepanjang segmen bertemakan Seceria Air Tangan Ibu, Sharifah bersama ibu, ibu mertua, suami, adik dan anak-anaknya bergembira bersama menyiapkan biskut Planta yang ceria dan berwarna-warni disamping berkongsi pengalaman air tangan masing-masing.

Planta menggalakan para ibu menceriakan Hari Raya anak-anak yatim dengan meraih sasaran 50,000 biskut buatan air tangan sendiri 


“Saya sangat teruja untuk menjadi hos untuk segmen televisyen ini. Sebagai seorang anak dan ibu, saya faham perasaan kasih seorang ibu yang dicurahkan melalui air tangannya. Segmen ini membolehkan saya mengeratkan hubungan bersama keluarga dan anak-anak serta menyediakan kuih Raya hasil air tangan sendiri. Saya berharap ia akan membawa inspirasi kepada ibu-ibu untuk mencetuskan keajaiban di dapur, penuh warna, keseronokkan dan inspirasi menjelang Raya ini,” kata Sharifah Shahirah. 


Pada majlis pelancaran kempen Seceria Air Tangan Ibu, Sharifah Shahirah bersama dengan chef profesional, Chef Rose Weiss turut mengajar para tetamu cara menyiapkan biskut Red Velvet Planta untuk diberi kepada anak-anak yatim.


Planta berhasrat untuk meraih sasaran 50,000 biskut di bulan Ramadhan mulai 16 sehingga 20 Julai 2014


Bulan Ramadhan ini sebaiknya kita banyakkan bersedekah. Disini, Planta turut menggalakkan kaum Ibu untuk Beramal Bersama Planta dan berkongsi air tangan mereka dengan membuat kuih Raya untuk anak-anak yatim di Malaysia


Resepi biskut dan kek Planta kini tampil lebih ceria dan berwarna warni.Diilhamkan dari warna pelangi, biskut dan kek ini dapat memberikan sentuhan ajaib air tangan ibu kepada kuih traditional seperti tat nenas dan seperit Pandan. Planta turut memperkenalkan resepi baru mengikut tren pada tahun ini iaitu Biskut Red Velvet, Biskut Buah Hati dan Biskut Roda Warna


Menerusi Beramal Bersama Planta, ibu-ibu boleh menghasilkan biskut dengan Planta buatan air tangan sendiri dan menghantar biskut berkenaan ke pasar raya Mydin dan Giant terpilih mulai 16sehingga 20 Julai 2014. Seterusnya, Planta akan menyalurkan sumbangan biskut tersebut ke rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia. Orang ramai juga boleh turut serta untuk menyumbang dan Beramal Bersama Planta apabila mereka membeli Planta dan menghasilkan biskut di pameran bergerak yang disediakan di Mydin dan Giant terpilih. Maklumat lanjut mengenai lokasi pasar raya Mydin dan Giant yang terpilih dan cara-cara menyertai boleh didapati di saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta . 


Mengenai Planta
Planta merupakan jenama marjerin terkemuka di Malaysia. Planta adalah satu daripada jenama Unilever ( Malaysia) Holdings Sdn Bhd, satu nama isirumah yang dipercayai di Malaysia untuk menghasilkan kek dan biskut, juga sebagai sapuan dan memeasak selama lebih daripada 80 tahun.

11 comments:

  1. planta mmg jenama yg femes..

    ReplyDelete
  2. Wah satu perkongsian yang baik SA ...
    Lya pon suka jugak guna pLANTA ..
    Planta mmg TERBAIK ..

    ReplyDelete
  3. Planta zaman berzaman untuk resepi kuih dan kek yang sedap.

    ReplyDelete
  4. nice info....dah lama tak guna planta......

    ReplyDelete
  5. wah ada kak azlita blog masam manis dengan anaknya di situ

    ReplyDelete
  6. ingat lagi iklan planta.. asal bulan poser je msti ada iklan buat cookies..
    even now I masih beli planta.. spead dekat roti dengan kaya.. nyummmmm :D

    ReplyDelete
  7. Mmg suka mkn planta... Msk kuih atau nasi goreng plnta mmg sdap...

    ReplyDelete
  8. planta dr dlu kalo buat biskut memg best

    ReplyDelete
  9. ye..esok pepagi buat nasi goreng planta..wangi je...pelanta best !

    ReplyDelete
  10. Jenama planta yang paling digemari bagi mereka yang suka buat biskut..sebab biskutnya rasa sedap dan lembut.

    ReplyDelete
  11. Buat kuih & apa shj menggunakan planta mmg sedap & menyelerakan... :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah