Friday, June 20, 2014

PARENTS MUST READ...

Sharing from forwarded whatsaap group sekolah

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

 'Kenapa menangis ni?'

 'Lihatlah karangan budak ni..'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

 Jadikan Saya Sebuah Televisyen

 "Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.
 Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.
 Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.
 Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
 Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
 Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."

 Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
 'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'

 Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
 'Abang, itu karangan anak kita!'

Jika diperhatikan skrg ni.. suami & isteri masing2 dok sibuk belek n focus hp masing2..layan email..facebook.. whatsapp..wechat.. kdg2 anak2 dok tgk je dri jauh sambil main mainannya.. jgn pulak nnti anak2 kita pulak buat essei.. 'Jdikn saya sebuah Handphone'.. huhu

Sama2 la kita berikn prhatian pd insan2 dsekeliling yg perlukn perhatian n kasih syg kita..

12 comments:

  1. Saya terkedu membaca entri ini. Sangat menyentuh hati saya. Sepertinya pula memberikan satu ilham untuk saya menyambung cerita ini menjadi sebuah cerpen.

    Ya Allah, moga kita sedar apa yang kita lakukan sekarang ini. Saya perhatikan fenomena membelek henfon sekarang ini menjadi-jadi. Saya doakan supaya kita tidak mengetepikan sesuatu yang lebih berharga daripada henfon tersebut. Waallahualam.

    ReplyDelete
  2. Itu lah.. Untuk peringatan diri sendiri jugak.. seboleh-bolehnya bila ada di depan anak kita.. Kita perlu beri perhatian sewajarnya kepada anak..

    ReplyDelete
  3. kesianya budak nie...tapi ini advice yang sngat berguna kak...sebab kadang2 kita sendiri tak sedar yang kita menghabiskan masa lebih kepada gadjet daripada orang lain...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. selamat malam..syira singgah sini :)

    ReplyDelete
  5. parents perlu sangat ambil tahu tentang anak² supaya dia rasa tak disisihkan even kuat bekerja pun..masa untuk anak itu perlu ada :)

    ReplyDelete
  6. Betul tu SA.....bukan nak ckp org okje sendiri pun gitu...ralit dgn WA...blog...kadang tu suami pun tegur...kena ubah nampaknya ni
    ..

    ReplyDelete
  7. betul tue akak.. jangan sampai anak2 rasa seperti mereka disisihkan.. kalau boleh cuba bahagi masa untuk luangkan sedikit masa untuk buat mereka rasa bahagia kan.. =D

    ReplyDelete
  8. teknologi kalau tak digunakan dgn betul boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan..:(

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yg mempunyai maksud & peringatan yg mendalam utk kita semua renungkan...

    ReplyDelete
  10. Mendalam mksudnya.. Mmg bgus nih

    ReplyDelete
  11. zaman hi tech ni susah nak kata..
    kalau kita keluar sama2 dgn family pun kebanyakannya gadget mst kat tangan..
    apa2 pun didikan sedari kecil tu penting.. itu melambangkan sikap kedua ibu bapa samada elok ajarannya atau tidak.

    ReplyDelete
  12. Sekarang ni kalau tengok memang beginilah gayanya. Satu keluarga sibuk melayan gadget masing-masing. Susah nak tengok sekeluarga duduk bersantai, makan-makan sambil bergurau senda macam zaman saya dan makpak dulu. Kalau makan pun serba nak cepat, sebab nak check itu ini dalam gadget memasing. Sedihkan kalau karangan cam ni milik anak kita sendiri!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah