Wednesday, June 11, 2014

Patung Chucky?????



Kecoh sekejap di media sosial malam semalam dan awal pagi ini mengenai satu anak patung yang menakutkan. Kelihatan anak patung ini ditinggalkan dibawah satu pokok dan matanya ditutupi kain dengan kalimah suci Allah.Menurut pemilik asal anak patung ini, anak patung ini akan bergerak sendiri. Bertukar kedudukan dan menunjukkan riak muka sedih atau senyum.Ada bukti gambar yang ia tersenyum. Memang menyeramkan.
Oleh itu pemilik menutup mata sebelum meninggalkan anak patung berhantu ini supaya ia tidak dapat mencari jalan pulang ke
rumah. Macam kes kucing yang dipotong misainya tidak dapat mencari rumah tuan.
Kedudukannya akan teralih atau beralih dengan sendiri. Kerana ketakutan pemilik menutup pandangan anak patung dengan kain putih
dan ikat anak patung tersebut ke pokok berkenaan?
Carian di internet mendapati insiden ini berlaku di Singapura dan bukannya di Malaysia. Anak patung berhantu ini dikenali sebagai
misteri "Hougang Doll" yang seram.
Menurut sumber, seorang Ustaz telah pergi untuk mengambil anak patung tersebut dari terus menjadi bualan masyarakat setempat.
Ketika mengambil anak patung tersebut tiada kejadian aneh berlaku dan anak patung itu akan dihanyutkan untuk mengelakkan
perkara syirik dari terus terjadi.

Kesahihan cerita ini > Wallahualambissawab...

Sumber - forwarded whatsaap

13 comments:

  1. hmmm..mcm2 kan sis..semoga kita dijauhkan dari segala perbuatan syirik dan terkutuk ni..amin amin

    ReplyDelete
  2. Seram jugak tu AS ..Terkejuzz jugak bila dengar camtu tapi tak tahulah benar atau salah ttg citer nie .. Ya la naik meremang jugak bulu roma nie bila dgr citer camni ..Huhuhu

    ReplyDelete
  3. spookynye patung nie SA..nak2 la muke patung tuh...seremmmm..

    ReplyDelete
  4. huh..menakutkan je ni..seram kalau jumpe

    ReplyDelete
  5. mak oii..macam mana dia boleh ada anak patung rupa gini? seram gila kot rupanya..

    ReplyDelete
  6. Kalo ptg itu dpuja..xmustahil..

    ReplyDelete
  7. ayokk tgk patung tu pn dah scary.. hope cerita ni tahyol..

    ReplyDelete
  8. owh... org puja pape la tu kot kan...

    ReplyDelete
  9. Menakutkan lah.. serius muka patung tuh cm manusia.. seriau seh!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah