Friday, June 20, 2014

Beza Antara Air RO dan Air Mineral

Jom belajar Sains skit....

Air RO (Reverse Osmosis)
Kami tahu ramai diantara anda akan memilih Air RO (Reverse Osmosis) sebagai air minuman pilihan disebabkan harganya yang agak murah. Tetapi tahukah anda apakah dia Air RO (Reverse Osmosis) ini?Pada peringkat awalnya, Mesin Air RO ini dicipta adalah bagi kegunaan sektor industri sahaja. Oleh kerana itu Air RO tidak mengandungi mineral dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh disebabkan ianya sudah ditapis keluar bagi mendapatkan air yang benar-benar tulen.

Walaupun air yang dihasilkan oleh Sistem Osmosis Berbalik (Air RO) ini benar-benar bersih dan tulen, tetapi ianya kurang sesuai untuk tubuh. Ini disebabkan air yang dihasilkan:
• Bersifat menghakis iaitu dengan menyerap kembali natrium, kalium, klorida, kalsium danion magnesium daripada tubuh.
• Menyebabkan tubuh menyimpan lebihan air yang tidak dapat dilawaskan (water retention)
• Ia juga akan menyerap elektrolit dari tubuh kerana didalam air tersebut tidak mengandungi garam galian yang amat diperlukan.

Kesan daripada kehilangan mineral-mineral ini, 'mungkin' tidak dapat anda rasakan didalam tempoh jangka masa pendek, tetapi dalam masa 10 tahun akan datang ia pasti akan menghantui dan memberikan kesan buruk kepada diri anda. Antara kesan sampingan daripada penggunaan Air RO adalah seperti berikut: masalah berkaitan jantung, keletihan, kekejangan otot, masalah tulang dan gigi, hipertensi, ulser perut, gastrik, kanak-kanak mengalami pembangunan fizikal yang perlahan, bagi wanita hamil mereka kerap mengalami bengkak-bengkak dan anemia.

Air RO kurang berkesan bagi menghilangkan 'dahaga yang kronik' dan sesetengahnya menghasilkan air yang kurang enak rasanya. Pastikan anda tidak terbeli Mesin Penapis Air jenis Reverse Osmosis yang terdapat banyak dipasaran.


Air Mineral
Jika Air RO dihasilkan daripada (suber air) bekalan air paip yang dirawat, tetapi bagi Air Mineral ianya diperolehi dari sumber air bawah tanah yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysai (KKM).
Air yang dihasilkan tidak benar-benar tulen seperti mana Air RO. Ini kerana sistem yang digunakan bagi memproses air mineral ini tidak menapis sepenuhnya mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh seperti kalium (potassium), natrium (sodium), magnesium, bikarbonat, klorida, sulfat dan pelbagai lagi sertaair yang dihasilkan mempunyai pH yang tinggi (bersifat alkali yang baik untuk tubuh).

Terdapat juga mesin penapis air dipasaran yang dapat membekalkan air bermineral walaupun sumber air yang anda gunakan adalah bekalan air paip yang dirawat sahaja.

Bagi memastikan mesin penapis air yang anda beli benar-benar mampu menghasilkan air bermineral, mintalah daripada pihak penjual Sijil Pengesahan Sirim bagi membuktikan kandungan mineral yang dapat dihasilkan oleh sistem penapisan air tersebut.

Kenapa kandungan mineral ini penting? Ramai yang merasakan bahawa dengan makanan harian sahaja, ianya sudah cukup bagi membekalkan zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Bagi kehidupan moden yang serba pantas seperti sekarang ini serta ditambah pula dengan kebanjiran makanan segera serta jadual makan yang tidak teratur, sebenarnya memang agak sukar sekali untuk anda memperolehi keperluan zat makanan yang mencukupi.

Tahukah anda, apabila tubuh mengalami kekurangan satu mineral sahaja ia sudah cukup untuk menyebabkan anda mengalami pelbagai jenis penyakit. Berikut adalah contoh kesan-kesan penyakit akibat daripada kekurangan mineral didalam tubuh:
• Kekurangan Zink akan menyebabkan masalah Lemah Tenaga Batin
• Kekurangan Kalsium, Magnesium dan Sulfur akan menyebabkan penyakit Artritis, Batu Karang, Osteoporosis.
• Kekurangan Sodium dan Potassium dapat menyebabkan Penyakit Jantung

Jadi air yang bermineral ini memang sangat penting bagi membekalkan minerl-mineral tambahan yang tubuh anda perlukan, disamping pengambilan makanan yang seimbang setiap hari atau anda boleh mengambil makanan tambahan (supliment) bagi membekalkan zat-zat yang diperlukan. Secara tidak langsung ia dapat mencegah anda daripada masalah dan juga penyakit yang berkaitan.

Sharing is Caring.....

10 comments:

  1. baru tahu....lepas nie pakai air mineral jer ler......nice sharing dear.....

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pon selama ni hehhee ..Baru jugak tahu lepas baca entri SA ..nice sharing ..

    ReplyDelete
  3. nice sharing,SA..kalau minum air masak memanjang,okey ke?

    ReplyDelete
  4. Air dari paip memang tak elok..berkarat lebih.memang perlu ade penapis air untuk menghasilkan air mineral.

    ReplyDelete
  5. Adehh.. boleh kata hari2 minum air RO tu kat opis hmmm...

    ReplyDelete
  6. Tekak sy terus perit minum air RO nih..

    ReplyDelete
  7. Dua-dua pun saya minum. Anyway, bagus juga perkongsian ilmu ni. Terang sikit hati nak memahami apa beza air mineral dengan RO water.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah