Monday, June 16, 2014

Keutamaan Menjamu Tetamu Dan Adabnya...

Menjamu makanan kepada tetamu-tetamu adalah seperkara yang baik dan mempunyai banyak kelebihan. Berkata al-Hasan: Setiap nafkah yang dibelanjakan oleh seseorang akan diperkirakan di kemudian hari melainkan nafkah yang dibelanjakan kepada teman dan rakan yang berupa makanan yang dihidangkan kepada mereka, maka Allah Ta’ala lebih mulia daripada mahu bertanya mengenainya.

Berkata Ali r.a: Jika aku dapat mengumpulkan rakan-rakanku atau satu sha’ dari makanan, lebih utama lagi bagiku daripada aku memerdekakan seorang hamba sahaya.

Berkata Ibnul Umar r.a: Antara tanda kemuliaan seseorang ialah makanannya ketika dalam pelayaran dan tidak lokek memberikannya kepada rakan-rakannya. Para sahabat dahulu kala sering berkumpul untuk majlis bacaan al-Quran al-Karim, dan mereka tidak akan berpisah melainkan sesudah menjamah sedikit jamuan, walaupun ringan.

Ataupun adab-adabnya: satu bahagian mengenai tetamu itu sendiri dan bahagian yang lain mengenai bagaimana menghidangkan makanan kepada tetamu.

Adapun adab untuk menjadi tetamu kepada seseorang maka bukanlah suatu perkara sunnat mendatangi seseorang pada waktu makan, agar ia dapat diterima menjadi tetamu pula, kerana mendatangi seseorang di waktu makan akan memeranjatkannya. Itu adalah di larang, sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam al-Quran al-Karim:

“Janganlah kamu mendatangi rumah-rumah Nabi, melainkan sesudah diizinkan untuk makan tanpa menanti-nanti makanan itu masak”  (al-Ahzab: 53)

Maksudnya menunggu-nunggu waktu makan atau menanti sampai makanan masak supaya mereka dapat makan bersama-sama.

Tetapi jika orang itu memang terlalu lapar, sengaja dia mendatangi rumah setengah-setengah kawan untuk mendapat sedikit makanan, tetapi tidak pula menunggu sampai tiba waktu makan, maka hal serupa itu tidaklah menjadi salah. Malah harus sebab ada semacam pertolongan kepada seorang saudara untuk mendapat pahala memberi makanan. Demikianlah caranya para salaf selalu melakukan. Sekiranya dia sampai di rumah kawan tadi sedang kawannya tiada di rumah; jika dia yakin keikhlasan hati kawan itu dan mengetahui  bahwa kawan itu akan merasa gembira kalau dia memakan dari makanannya, maka bolehlah dia memakan tanpa izinnya. Maksud keizinan di sini ialah keredhaan kawan tadi, terutama sekali pada makanan-makanan, dan perkara ini bergantung pula pada kelapangan hatinya. Sebab banyak orang menegaskan keizinan dan kadang-kadang bersumpah, sedangakn hatinya tidak redha. Maka memakan makanan orang seperti ini makruh hukumnya. Ada yang lain pula tidak hadir di rumah tetapi memakan dari makanannya dibolehkan dan tidak makruh, kerana hati tuannya ikhlas dan redha.

Allah telah berfirman:

“Atau di rumah kawan kamu (yakni memakan di rumahnya).”  (an-Nur: 61)

Berkata al-Hasan: Yang dikatakan kawan di sini, ialah orang yang jiwa anda merasa senang kepadanya dan kalbu anda merasa tenang kepadanya.

Muhammad bin Wasi’ dan sahabat-sahabatnya sering berkunjung ke rumah al-Hasan, kemudian makan-minum apa yang ada dalam rumah itu tanpa keizinan al-Hasan. Apabila al-Hasan pulang, beliau terserempak dengan mereka. Beliau merasa gembira seraya berkata: Ya beginilah sepatutnya kita semua.

Diceritakan lagi, ada beberapa orang telah berkunjung ke rumah Sufyan as-Tsauri, tetapi dia tiada di rumah ketika itu. Mereka pun masuk ke dalam rumah, lalu menyediakan makanan-makanan yang ada dan mereka pun makan-minum. Tidak lama kemudian, Sufyan pun kembali dan berkata: Kamu sekalian telah mengingatkan aku kelakuan para salaf, beginilah mereka itu semua.

Adapun adab menghidangakan makanan kepada tetamu ialah: Tiada memaksa diri untuk menghidangkan apa yang tersedia saja.

Al-Fudhail berkata: Sebabnya orang berputus hubungan antara satu dengan yang lain, ialah bila mengundang saudaranya dia menghidangkan makanan secara memaksa diri, oleh itu saudaranya tidak suka datang lagi selepas undangan itu. Di antara cara memaksa diri ialah dengan menghidangkan semua makanan yang ada di rumah, sehingga ahli rumahtangganya tidak dapat merasa lagi. Cara begini tentulah menghampakan hati ahli rumahtangga yang menyediakan makanan itu.

Setengah orang berkata: Kami pergi kerumah Jabir r.a lalu dihidangkan kami roti dan cuka (acaran). Berkata Jabir: Kalaulah tidak kerana aku dilarang dari memberatkan diri dalam jamuan, tentulah aku akan hidangkan bermacam-macam makanan kepada kamu.

Adab yang lain ialah bagi si tetamu, hendaklah jangan ia mencadangkan atau memaksa sesuatu barang yang tertentu untuk menjadi santapannya, seringkali sikap serupa itu, selain memberatkan akan memarahkan pula hati orang yang menerimanya sebagai tetamu. Kiranya ia telah ditawarkan oleh tuan rumah antara dua makanan, maka hendaklah ia memilih yang lebih senang untuk disediakan. Kecuali jika tetamu itu mengetahui barang yang akan dicadangkannya itu, tidak sukar bagi tuan rumah untuk disediakan maka tiadalah makruh lagi baginya untuk mencadangkan barang itu.

SUMBER GOOGLE

Kenapa aku share tentang Adab menjamu tetamu ni? sebabnya pernah berlaku di sekeliling aku...especially orang2 muda zaman sekarang, langsung tiada adab bila kita berkunjung ke rumah mereka...x kisah la siapa pun yang berkunjung di rumah dia,, baik adik beradik, sedara mara atau kawan2 dia...kalau sampai tengahari...memang xde la adab ajak makan tngahri...apatah lagi minum petang atau makan malam...aku hanya mampu geleng kepala aje la...nak bising rumah orang kan....taapi sedih la..compare dengan bila dia datang rumah aku,..dia dijamu seadanya...kenapa eh...dioranag ni dah x amalkan adab menyambut tetamu bila bertandang ke rumah ke eh?

7 comments:

  1. Mak ayah x ajar kot...huhu..

    ReplyDelete
  2. betul tu.. walaupun tetamu mungkin tak nak makan, tp adab tuan rumah utk menjamu walaupun air kosong kan. lepastu, tak igt pule ustaz mana yg bgtau.. tuan rumah pula kalau nak jemput tetamu makan, jangan tanya, "dah makan ke belum?".. nampak mcm tak bersungguh/ikhlas nak jemput tetamu mkn. tp tanyalah "nanti tunggu tau.. kita makan sama2"... rupanya ada beza cara kita tanya tu.. hehe

    ReplyDelete
  3. Ramai yang alpa ttg budaya sebegini...malu sangat2 bila kita sendiri melihat adab tak elok tuan rumah mcm segan silu nak ajak masuk rumah...julia ada juga jumpa tuan rumah macam ini...hmmmm...harap sangat adab susila tetamu julia dpt jaga dan warisi utk anak2 nanti...tuan rumah cerminan seisi rumah...kalo elok layanannya...eloklah tetamu cerita balik nanti...dan ada bingkisan pahala yg kita sama2 nikmati...

    Baru perasan notice board SA sama mcm julia punya hehehhe...

    ReplyDelete
  4. Islam itu indah dan lengkap tinggal kita je untuk amalkan. kadang tu dorg ambil ringan perkara sebegini kak

    ReplyDelete
  5. Benda camni la kena amek kisah..pergi rumah orang kena jaga adab begitu jugak kalau tetamu datang rumah.

    ReplyDelete
  6. Heheehe setuju ngan SA ..tapi kekadang kan kita ni sebagai tetamu yang nak dtg umah org tu kena fikir jugak jgn la dtg masa org tgh nak makan tengah hari atau malam masa org tengah nak makan malam ..sebab dia tak tau kita nak datang ,..dia masak seadanya saja ..Nak datang umah org pon kena ada waktu2 tertentu jugak ..
    tapi kalau kita dtg umah org org langsung tak layan makan minum nak jugak marah dlm ati kan ..Betul la tu sebagai tetamu kita nak la diri dilayan seadanya walaupon air segelas dah memadai ..

    ReplyDelete
  7. Kalau org melaka (family husband I) mmg mewah makan kalau org bertandang ke rumah.. bukan nak meminta2 tp benda ni dah jadi adat org melayu kannn.. hurmmm

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah