Monday, August 10, 2015

Nostalgia Zaman Kanak- Kanak

Throwback Zaman Kanak - Kanak Tahun 1980an

Zaman kanak- kanak aku dulu tak sama dengan zaman kanak-kanak sekarang...aku merasa parent bersawah padi, motong getah dan bertani.Memandangkan aku lahir zaman 1978 dan membesar di zaman serba kekurangan so aku agak selesa sekarang sebab dah biasa hidup susah. Takde la nak kata sekarang aku masih hidup susah...boleh la dikatakan senang sedikit compare zaman aku kanak-kanak dahulu. Actually aku berbangga di lahirkan pada zaman tu sebab aku merasa zaman bersawah...mengikut kata mak dan Abah aku...kami dulu hidup susah..kais pagi makan pagi..kais petang makan petang.Gaji abah sebagai pekerja am masa tu RM150 sebulan..manakala mak tak bekerja.Korang bayangkan RM150 di zaman sekarang. Apa jer yang dapat di beli tapi pada zaman tu RM150 dah di kira mewah jugak la..ye la masa tu matawang kita tak tinggi sangat dan speechless seketul kuih masih di jual 5 sen sebiji...korang bayangkan betapa zaman semakin moden dan maju..tetapi walau macam mana moden dan maju sekali pun tidak mampu meluputkan ingatan ibu bapa kita semasa zaman kesusahan mereka dulu. Nak plak kalau diorang hidup di masa Malaysia masih di jajah bangsa asing.

sumber Facebook

Kenapa aku letak gambar getah keping diatas?

Sebabnya aku merasa ikut arwah atuk pungut susu getah dan proses getah secara manual macam ni...ye..allah beri keizinan pada aku untuk pulih kembali setelah kehilangan memori akibat H1N1 tapi sayang tak semua gambaran tersebut mampu aku ingat sekaligus. Alhamdulillah..walau tak dapat ingat semua, tapi aku mampu ingat sedikit demi sedikit. Besar dah hati aku rasa. Tiap kali kenangan tersebut menjengah, aku akan diserang migrain yang kuat. sebab tu lately ni aku kurang sihat.So pergerakkan blog ini agak slow. Harap kawan-kawan semua faham.

Semoga allah beri keizinan dan mempermudahkan aku untuk kembali pulih seperti sediakala. Aku hanya perlu bersabar sebab ingatan tersebut tidak sekaligus pulih.Selama ni aku mampu bertahan kan..takkan dengan ujian yang kecil macam ni aku dah tak mampu hadapi sedngkan yang besar beberapa tahun lepas aku dah tempuhi..kalau mampu pulih kembali dah ingat semua kisah2 di zaman persekolahan aku dah lebih dari bersyukur.

Doakan aku ye korang...mungkin aku boleh ingat secebis kenangan semasa zaman kanak-kanak walau tidak semua dan mungkin aku boleh ingat kenangan-kenangan manis ketika remaja dan yang paling penting aku nak sangat ingat masa aku mengandungkan Dania.Tak kisah la kenangan manis atau kenangan pahit.

Ya allah....engkau permudahkanlah.....amin....


23 comments:

  1. Semoga akak ingat kembali kenangan lama..slow² kak. InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. Ujian Allah buat SA tapi percayalah setiap yg terjadi memang ada hikmahnya
    Yg baik/manis pasti ada menanti di hujungnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...moga ada kemanisan di penghujungnya

      Delete
  3. Amin, inshaALLAH, sedikit demi sedikit, boleh tuu,
    Allah maha mndengar, Dia tahu segalanya bile kita perlukan sesuatu or nope, Miracle always ada kan, so, just terus berdoa............. smg sihat ok sis :)

    ReplyDelete
  4. Baca entry.. teringat zaman tinggal dengan arwah wan dulu.. kalau masa tu ai ada camera mesti ada banyak gambar kenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan...kalau la zaman tu ada camera...semua i buat entry throwback...

      Delete
  5. semoga cepat sembuh kak Suria, jangan stress rileks ja selalu

    ReplyDelete
  6. sabar ye kak..InsyaAllah..ingatan akan pulih nnt..aamin

    ReplyDelete
  7. InshaAllah ena doakan akk sedikit demi sedikit dapat kembali ingat akan memori dulu kala.. Semoga akk kuat.. chayok2...

    ReplyDelete
  8. best bila igt kenangan dlu2..rasa nak pinjam mesin masa doraemon..:)

    ReplyDelete
  9. Sha pun pernah ikut sepupu masa kecik noreh getah. Bau getah tu, sampai sekarang ingat lagi. Masham! =D

    ReplyDelete
  10. Akak doakan semoga awak kuat dgn ujian yg dia beri..semoga sembuh sepenuhnya :)

    ReplyDelete
  11. Alahai nostalgianya.....kalau SA ikut atok, okje lagilah....mmg membesar dengan hasil getah keping ni SA.... Terima kasih tidak terhingga buat arwah abah. Jasanya mmg tak terbalas. Tetiba terasa syahdu pulak huhu....

    Moga SA cepat recover yer

    ReplyDelete
  12. semoga akak blh dpt semula kenangan indah itu..
    wlupun hanya yang sedikit yang termampu

    ReplyDelete
  13. sy pn penah ikut ayah p menoroeh getah, siap kena gigit dgn pacat...balik umah bau pot getah semerbak.hahaha..

    ReplyDelete
  14. laaa.. SA sezaman sama tahun la kita!.. Ni kisah budak zaman purba mcm ni memang manis untuk dikenang. SB pon merasa kepayahan hidup masa tu. Asal cuti atau hujung minggu, ikut mak gi kumpul biji sawit, ambil upah kumpul buah koko. Semua benda mcm ni alami dari kecil membuatkan kita lebih kental semangat. Apa pon, SA kena sabar banyak dengan dugaan kesan dari penyakit tu.

    ReplyDelete
  15. aida pun doakan agar segala memori lama singgah menetap di ingatan SA ye.
    semua tu takde ganti, berlaku hanya sekali :)
    in shaa Allah...

    ReplyDelete
  16. saya pun sempat lagi melaui zaman kutip getah kat kebun, petang2 cari kayu api..benda2 macam tu la sebenarnya buat kita lagi kuat nak cari rezeki..kan?

    ReplyDelete
  17. semoga kak suria kembali pulih seperti sediakala ya kak..jangan terlalu paksa diri..pelan2..insyallah pasti semua memori kenangan silam mampu diingati kembali

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah