Thursday, January 30, 2014

Clean eating - kebaikan dan prinsipnya


Clean eating - kebaikan dan prinsipnya

Definisi

Clean eating yang sering kita dengar bukanlah sejenis diet. Ia sebenarnya adalah satu pilihan gaya hidup yang sihat. Clean eating ini juga  bukanlah satu konsep baru, hakikatnya pemakanan cara ini telah lama diamalkan oleh sesetengah orang yang mementingkan kesihatan, kecantikan dan kecergasan tubuh badan sejak dulu lagi.  

Ianya sebuah konsep pemakanan yang sederhana, dan hidangannya terdiri dari makanan yang masih tidak dicampur dengan bahan-bahan lain seperti bagan pengawet, perasa, atau pewarna tiruan. Apabila seseorang membuat pilihan untuk makan secara clean eating, ia bermaksud seseorang itu memilih untuk tidak makan makanan yang diproses. 


Jenis makanan

Asas-asas makanan clean eating termasuk - makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, bijirin penuh, serta bijirin yang masih lengkap. Contohnya seperti beras perang, gandum dan bijirin yang lain. Makanan yang masih belum diproses juga dikatakan sebagai makanan bersih atau clean eating. 


Kebaikan

Terdapat pelbagai kebaikan apabila memilih clean eating; antaranya ialah
I. Mengurangkan berat badan
II. Meningkatkan tenaga
III. Mengurangkan lemak
IV. Kulit yang lebih cantik dan halus
V. Rambut yang lebih sihat


4 prinsip clean eating

I. Pilih makanan yang segar, iaitu makanan yang masih belum dicampur dengna bahan- bahan yang memberi kesan sampingan pada kesihatan. Elakkan juga makan makanan yang telah pun diproses.
II. Pada setiap hidangan yang diambil, pastikan  mempunyai protein, karbohidrat dan sedikit  lemak Kebanyakan hidangan yang kita makan biasanya hanya mempunyai karbohidrat dan lemak, tetapi kekurangan protein. Protein adalah penting  dan ia juga boleh membantu membendung selera anda.

III. Kawal pengambilan lemak,gula dan garam. Apabila mengamalkan clean eating, makanan-makanan yang dimakan secara asasnya mengandungi kadar lemak,gula, dan garam yang rendah.  
IV. Lakukan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal yang kerap dapat membantu memberi kesan yangBukan lebih biak untuk pengamal clean eating. Ia bukan sahaja mengurangkan lemak, menguatkan serta membina otot, malah ia juga dapat memastikan jantung, paru-paru, dan tulang yang lebih sihat dan kuat.



8 comments:

  1. betul tu kak. eat clean ni salah satu cara pemakanan yg terbaik :)

    ReplyDelete
  2. rumusannya, follow piramid makanan :)

    ReplyDelete
  3. semakin berumur semakin kurang selera makan , jangan risau utk banyak perkara tentang makan.., tp kesihatan perlulah diutamakan dengan menjaga bab makan.

    ReplyDelete
  4. Benda yang baik ni memang susah sikit nak ikut apatah lagi kalau nafsu makan pun dalam keadaan yang baik juga. Saya memang kurang sikitlah ambil buah-buahan ni apatah lagi sayur-sayuran, memilih teramat sampai tak ambil terus :(

    ReplyDelete
  5. Emm clean eating tak sama ke dengan pencuci mulut?

    ReplyDelete
  6. zaman skrg susah nak amalkan.. nampak apa je ada dpn mata terus ngap.. lagi2 skrg dah banyak sgt mknan2 yg berunsurkan sedap & menarik.. lagi susah nak control.. hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah