Saturday, January 25, 2014

Kebaikkan Jus Daun Betik Dalam Masyarakat Kita

Pernah minum Jus Daun Betik???bunyi macam pelik kan...boleh kita bayangkan daun betik yang selalu dijadikan ulam, rasanya yang pahit dijadikan jus....

Aku tak pernah langsung dan tak tau apa rasanya apatah lagi khasiatnya....tp sebabkan baca paper Berita Harian keluarab Sabtu 12 Julai 2014, aku rasa nak kongsi bersama ngan semua readers serta follower blog ni untuk kebaikkan bersama

Sebab apa? Sebab Jus daun betik ini mampu untuk memerangi denggi, rupanya banyak khasiat daun betik ni...Denggi u olls...sekarang kan memang musim denggi kat mana2 aje...selain itu jus ini juga dipercayai mampu meningkatkan fungsi sumsum....

Jom aku share kaedah penyediaan Jus Daun Betik..


Sumber - google

Jus Daun Betik
  1. Sediakan tempat untuk menyediakan jus daun betik yang bersih
  2. Ambil dua helai daun betik yang matang dan buang tangkainya,basuh dnegan air bersih yang mengalir
  3. Rendamkan daun dalam bekas berisi air selama 15 minit ( digalakkan mengguna pencuci sayur)
  4. Bilas daun betik dengan air bersih sekali lagi
  5. Tos atau keringkan daun untuk menyingkirkan air bilasan.
  6. Potong daun hingga menjadi kepingan yang kecil
  7. Kisar daun dalam mesin pengisarjus tanpa menambahair dan boleh terus diminum atau tumbuk kepingan daun tanpa air hingga halus, tapis dan asingkan jusnya.
  8. Dua helai daun betik menghasilkan 30ml atau dua sudu besar jus.
  9. Minum dua sudu makan sekali sehari.

Selain boleh memerangi denggi, juas daun betik ini juga elok untuk pesakit darah tinggi....

Selamat mencuba....

14 comments:

  1. tak tau pulak jus daun betik ni banyak kebaikkan nya kak..selalu suka makan buah betik je

    ReplyDelete
  2. tak perlu tambah air, SA?..jadik yg kluar tu mmg pure jus daunnya..boleh cuba nnt ni

    ReplyDelete
  3. mmg la first time tau kot..hahaha

    ReplyDelete
  4. ok, first time ever ni dengan jus daun betik...ahaksss....kesian tak kak, kesian tak??? thanks for sharing the info...

    ReplyDelete
  5. ooowhhh begitu... eh saya suka bunga betik buat ulam.

    ReplyDelete
  6. sekarang jus daun betik ni dah mula dikomersialkan.. ada kawan saya jumpa dijual kat kedai mamak..

    ReplyDelete
  7. selalu tau pucuk betik je boleh buat ulam.. elok jg nih..

    ReplyDelete
  8. ooo..x pernah tau pun boleh buat jus. tapi ape rasanya? hehehe

    ReplyDelete
  9. baru tahu nie kak..thanks 4 sharing..=D

    ReplyDelete
  10. pernah makan ulam daun betik..mak aiii pahit kemain..apatah lagi jusnya..memang tak minum le..huhu

    ReplyDelete
  11. Ohh daun betik boleh makan jugak ke?tak pernah makan pulak ha..

    ReplyDelete
  12. Huhuhu tAK PAHIT KERR ?? tak biasa la minum jus ni .. kalu tak pahit boleh cuba jugak nie .hehhee ..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah