Wednesday, January 22, 2014

Garam dan Ais

Sumber Info dari Facebook.



Mengapa baik minum air sejuk? Kerana amalan minum air sejuk menyihatkan jantung dan kitaran darah juga menjadi semakin baik. Sebenarnya penawar bagi lemah jantung adalah garam dan ais. Ambil garam pada setiap pagi boleh meningkatkan sifat sabar dan tenang kerana tubuh telah cukup bekalan oksigen. Jin amat takut dengan oksigen dalam tubuh kerana boleh membakar dirinya. Dengan kata lain, jin tidak berani melintasi bahagian jantung yang sejuk dan cukup oksigen walaupun ia boleh berlari bebas dalam urat darah manusia.

Ais mempunyai suhu 0°C sebenarnya tidak cukup sejuk, tetapi angin yang terdapat di atas atmosfera itu mempunyai suhu –273°C lebih sejuk daripada ais. Maka ais tidak sejuk tetapi angin lebih sejuk berbanding ais. Kehadiran roh boleh dirasai kerana ia sejuk. Roh itu sentiasa hidup dan tidak akan musnah. Roh boleh menghidupkan kerana ia bersifat sejuk. Manakala benda panas itu bukanlah bersifat mati tetapi ia menggunakan tenaga. Maksudnya, sejuk membangunkan tenaga itu dan panas yang menggunakannya.

Begitu juga dengan api. Api tidak panas tetapi yang panas ialah cahaya atau haba. Panas bersifat mengubah, memecah, mengurai dan memindahkan tenaga. Mengambil benda-benda panas bermakna menggalakkan tenaga dalaman tubuh diubah, dipecah, diurai dan dipindahkan keluar. Apa saja yang dimakan, terlampau cepat dibakar dan hal ini mengganggu sistem metabolisma. Semua benda-benda panas dimasukkan ke dalam hukum gas iaitu matahari. Di matahari yang panas itu terdapat banyak gas dengan helium sebagai elemen terkaya, iaitu gas yang sememangnya bersifat panas.

Matahari bersifat mengubah. Matahari berwarna kuning dan panas menguasai bahagian solar plexus. Ketika makan pada waktu tengahari, bahagian solar plexus yang berwarna kuning dan panas mengubah dalam sistem metabolisma. Makanan dibakar dan diubah menjadi tenaga. Itulah rahsia panas. Maknanya, jika minum air suam ketika makan benda-benda panas, pembakaran berlaku terlalu cepat sangat iaitu semasa makanan itu ditukar kepada tenaga kinetik dengan pantas berubah pula menjadi gas. Sebenarnya, ia merupakan satu kerugian.

Bulan bersifat sejuk. Sejuk menguasai bahagian paling atas tubuh iaitu bahagian dalam kepala yang dipenuhi dengan gas nitrogen dan oksigen. Nitrogen dan oksigen pula merupakan unsur paling limpah dalam atmosfera. Walaupun bulan bersifat sejuk dan harmoni, tetapi terdapat banyak karbon dioksida. Inilah bukti bahawa ais memerangkap karbon dioksida. Melalui teknologi elektron, angkasawan dapat mengesan kewujudan kristal ais di bulan dan mereka juga mendapati bahawa elemen yang paling limpah di sana ialah sodium atau garam.

Pada garam di bulan itu mereka dapati elemen yang paling banyak ialah kalsium. Maksudnya di bulan, kristal ais mencari garam sebagai ikatan pasangan yang tidak dapat dipisahkan. Sebenarnya tulang, kapur dan garam adalah unsur yang hampir sama kerana elemen yang paling kaya dalam ketiga-tiga unsur itu ialah kalsium. Ini juga bermakna terdapat banyak kalsium di bulan kerana di situ ada banyak garam. Seterusnya didapati elemen kedua dan ketiga paling limpah di bulan ialah perak dan raksa.

Oleh kerana di bulan kaya dengan perak, maka ia memantulkan sinar cahaya yang terang keperakan. Perak tidak berkarat. Dalam proses Hydroterapi Ais, perak juga boleh digunakan bagi menarik keluar radiasi. Besi tidak sesuai dengan ais dan garam berbanding dengan perak yang tidak akan berkarat. Terdapat banyak oksidasi dalam tulang yang berupa asid. Perak harus digunakan untuk menarik semua asid ini keluar. Kaedahnya ialah dengan mencelupkan perak ke dalam bekas rendaman sebelum ditarik keluar dan dilakukan secara berulang-ulang kali. Satu lagi unsur yang boleh digunakan ialah raksa.

By: DrAdzmanHedra © 2013 CVT MALAYSIA

5 comments:

  1. Wow, thanks for sharing sis. Never knew about this before. Selalunya dengar nasihat jangan minum/makan yang sejuk2. Rupanya ais tu menyihatkan.

    ReplyDelete
  2. very very useful and good info... kiranya boleh dahlah minum ais ni kan??? muahahaha...

    ReplyDelete
  3. Boleh lah minum ais selalu ni...hehehe

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing kak! ada sedikit element mistik diimaginasi saya mula bercambah

    ReplyDelete
  5. Oh, baru rasa tak bersalah banyak minum ais :) Tak tahu pun pasal ni before this.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah